
INFO-YAB MENTERI BESAR PERAK LANCAR PROGRAM e-JUWITA
LENGGONG, 8 SEPTEMBER 2023- YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad hari ini telah melancarkan Program e-Jualan Wanita (e-Juwita) Negeri Perak di Dewan Orang Ramai, Kampung Raban, di sini.
Fokus utama program tersebut adalah untuk membangunkan usahawan wanita yang mempunyai perniagaan secara kecil-kecilan untuk memasarkan produk memasarkan produk mereka melalui platform digital seperti Lazada, Shoppe, Tiktok dan sebagainya.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: KEMBARA KENALI BORNEO YDP AGONG JADUAL LALUAN ROUTE LOKASI
Program e-Juwita akan dijalankan di 24 buah parlimen di negeri Perak melalui Pusat Ekonomi dan Digital (PEDi) yang terpilih di mana ia akan memberi manfaat kepada 720 orang usahawan wanita.
Selain itu, modul yang digunakan dalam program tersebut akan dilaksanakan oleh IGB Training & Consultancy yang merupakan Pusat Latihan Kemahiran dan antara modul yang diterapkan adalah Business Model Canvas (BMC); Penjenamaan dan Pembungkusan; Content Marketing serta Trade and Branding.
Antara agensi pelaksana yang terlibat bagi menjayakan program ini adalah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat (Wanita Perak), Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Negeri Perak.
Hadir sama dalam program tersebut, YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan Negeri, Puan Salbiah Mohamed ; YB Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri, Encik Azlan Helmi ; YBrs. Yang Dipertua Majlis Daerah Lenggong, Encik Mohd Amzari bin Mohd Arzami; YBrs. Pengarah Wanita Perak, Puan Jamilah binti Zakaria serta YBrs. Pengarah STeP , Encik Mohamad Rozlan bin Mohamad Razali.
#ejuwita #excowakeUP #STeP #usahawandigital #usahawanwanita #wanitaperak #steperak #skmmperak #PerakSejahtera2030
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami melalui pautan https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD atau join whatsapp group melalui pautan https://chat.whatsapp.com/KF7heUQLzkjD14T5MJHXNS
KOMEN TERKINI