HEBAHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD (KOPUBI) KALI KETIGA TAHUN 2021
Sukacita dimaklumkan bahawa setelah hampir 4 tahun penubuhan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), maka tibalah acara tahunan yang wajib diadakan selaras dengan Undang-undang Kecil koperasi iaitu kewajiban menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT).
Insyallah, Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-3 tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 07hb November 2021
Hari : Ahad
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Aplikasi Google Meet
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Pertemuan Dengan Firma Guaman Tawfeek Badjenid & Partners
Notis Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd. Kali Ke-3 ini telah diedarkan secara di dalam talian melalui media sosial rasmi koperasi untuk makluman kepada anggota-anggota berdaftar di seluruh Negeri Perak secara khususnya dan semua anggota adalah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan yang bakal diadakan ini.
Untuk makluman semua juga, Mesyuarat Agung Tahunan ini akan diadakan secara di atas talian dan ini adalah julung kali diadakan setelah mengambil kira situasi Pandemik Covid-19 yang telah melanda negara sejak tahun lepas.
Sama-samalah kita mendoakan agar Majlis Mesyuarat Agung Tahunan yang dirancang ini akan menjadi kenyataan serta berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan ini dan pengesahan kehadiran boleh dibuat dengan menghubungi Setiausaha Koperasi di talian 017-514 0569 (Tuan Haizul).
Semoga KOPUBI Perak Bhd. terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
#KOPUBIPerakBhd #KumpulanPUBI #KoperasiUsahawan #GerakanKoperasi
KOMEN TERKINI