KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 06hb Oktober 2021 yang lalu telah berlangsung sesi temuduga bagi jawatan kosong yang ditawarkan oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd kepada penduduk-penduduk Di Bandaraya Ipoh mahupun di sekitar Negeri Perak yang berminat untuk mencari rezeki atau menambah punca pendapatan.

Antara jawatan yang ditawarkan oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah seperti Pembantu Takbir, Eksekutif Pemasaran Koperasi dan Pengurus Koperasi.

Ini adalah sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan oleh KOPUBI Perak Bhd bagi merancakkan aktiviti dan kegiatan ekonomi di Negeri Perak pada fasa endemik Convid-19 disamping menawarkan peluang peningkatan ekonomi serta penambahan dari segi pendapatan khusus buat warga Perak.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Penyerahan Perjanjian Tabung Modal Pusingan (TMP) 2021

Sesi temuduga ini telah dikendalikan oleh Setiusaha Koperasi iaitu En Haizul Fakarudin dan turut dibantu oleh Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman.

Sesi temuduga ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan diadakan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan bagi membendung penularan wabak penyakit Covid-19.

Kepada mereka yang masih berminat untuk menyertai KOPUBI Perak Bhd sebagai Eksekutif Pemasaran Koperasi anda bolehlah menghubungi kami di Talian 011-6568 3924 untuk memohon atau terus email resume anda kepada kopubiperakbhd@gmail.com

Syarat Penyertaan adalah seperti Berikut:

✅ Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
✅ Mempunyai sijil SPM (Minima), Lepasan Diploma dan Ijazah juga digalakkan.
✅ Mempunyai perwatakan yang menarik serta berkeyakinan tinggi.
✅ Rajin solat dan patuh kepada perintah agama.
✅ Seorang yang Amanah dan berdisplin tinggi.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 011-6568 3924. Diharapkan kita semua memperoleh kejayaan dan manfaat daripada apa yang ditawarkan ini.

Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Ini akan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan.

Insyallah.. 

#KOPUBIPerakBhd #KoperasiUsahawan #GerakanKoperasi #KerjayaKoperasi