PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 16hb Oktober 2021 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah NGO yang berdaftar dengan mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kali Ke-4 berserta dengan dihadiri oleh ahli-ahli berdaftar persatuan secara di dalam talian menggunakan platform Google Meet.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Mesyuarat Pelaksanaan Program PEKB Tahun 2021
Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ini adalah julung kali diadakan secara di talian susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan telah dipengerusikan oleh Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak iaitu En. Sharul Rahman.
Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ini telah berjalan mengikut agenda yang telah ditetapkan dan mematuhi peraturan-peraturan yang diperuntukkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) serta mengikuti Perlembagaan Persatuan yang telah diluluskan.
Sebuah Ahli Jawatankuasa Induk telah berjaya dibentuk dengan En. Sharul Rahman telah diberi penghormatan untuk mengekalkan jawatan beliau sebagai Pengerusi persatuan dan diikuti oleh Ahli Jawatan kuasa lain yang turut dikekalkan jawatan mereka.
Pada mesyuarat agung ini dua orang muka baharu telah dinaikkan jawatan dari Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Persatuan kepada Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan iaitu Pn Nor Azlina Binti Omar dan Khairul Akmal Bin Razali.
Mesyuarat Agung ini juga sangat berbesar hati untuk menamakan Tuan Noor Azwan bin Ramli sebagai Penasihat Persatuan bagi sesi 2021-2023 berkuat kuasa serta merta.
Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) bagi sesi 2021/23 yang disahkan di dalam Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan kali ke-4 Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI);
Penasihat : Tuan Noor Azwan bin Ramli
Pengerusi : En Sharul Baha bin Abd Rahman
Timbalan Pengerusi : En Shahrul Izam bin Mustapha
Naib Pengerusi : Tuan Kudus Alie Novel @ Abu Naufal bin Mohamat Yunus
Setiausaha : En Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan
Pen. Setiausaha : Pn Zuraida binti Zukepli
Bendahari : Saudara Mohamad Nafis bin Zamah Sari
Pen. Bendahari : Pn. Norhuda binti Abd Razak
Ahli Jawatankuasa:
1. Pn. Samsiah binti Abdullah @ Ahmad
2. Pn. Jamaliah binti Md Yatim
3. Saudara Muhammad Farhan bin Che Zafri
4. Pn. Nor Azlina Binti Omar
5. Saudara Khairul Akmal Bin Razali
Juruaudit Dalaman:
1. Pn. Yusniyati bin Usop
2. En. Mohd Ridzuan bin Mohd
Setinggi tahniah diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dan berjaya dibentuk pada Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) kali ke-4 yang telah dilaksanakan secara di dalam talian ini.
Semoga PUBI Perak terus mengorak langkah dan menjadi NGO yang disegani dan dihormati di bandaraya Ipoh ini serta menjadi tonggak kepada kemajuan ekonomi di Negeri Perak ini secara khususnya.
Insyallah..
KOMEN TERKINI