
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 6hb Ogos 2021 yang lalu, Bendahari Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd iaitu Pn Samsiah Ahmad@Abdullah telah menerima satu panggillan di mana terdapat sebuah keluar yang telah kehabisan barang-barang keperluan asas akibat suami yang kehilangan kerja akibat Pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia pada ketika ini.
Sehubungan dengan itu beliau bersama salah seorang Ahli Lembaga Koperasi Pn. Zuraida Zulkepli telah bergegas ke rumah beliau bagi menghulurkan sedikit bantuan dari segi barang-barang keperluan asas seperti beras, tepung, gula dan Minyak Masak.
Alhamdulillah, Isteri kepada keluarga ini telah menyambut baik kehadiran kami dan sudi menerima sumbangan yang telah disampaikan pada hari tersebut.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Lawatan Kerja Team RedOne Perak Ke PCP J&T Express Seri Iskandar
Untuk makluman semua juga, Kopubi Perak Bhd dengan kerjasama Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan J&T Express Malaysia – Perak telah menganjurkan Program Food Bank di premis operasi PCP J&T Express PRK413 Taman Maju Bandar Seri Iskandar Perak bagi membantu penduduk setempat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Antara barang keperluan asas yang telah disediakan di Food Bank ini adalah barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, makanan segera, tepung, makanan segera, biskur dan sebagainya.
Ini adalah sebahagian usaha kecil kami untuk membantu meringankan beban komuniti di Bandar Seri Iskandar Perak serta kawasan sekitar yang berdekatan.
Semoga usaha ini dipermudahkan olehNya serta mendapat keberkatan. Insyallah.

Dalam pada itu jika ada sesiapa yang ingin menginfakkan barang-barang keperluan asas untuk Program Food Bank ini boleh terus hantar ke premis kami di Taman Maju, Bandar Seri Iskandar Perak atau boleh hubungi saya untuk tindakan lanjut.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini anda boleh lawati laman web kami melalui link berikut —> https://www.pubiperak.com/kumpulan-pubi-lancar-program-food-bank-untuk-membantu-masyarakat-setempat/
Anda juga boleh bank in sumbangan anda melalui akaun PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK, 5582 7500 8858 (Maybank) atau anda boleh klik link ini untuk terus membuat sumbangan tunai –> https://toyyibpay.com/Program-Food-Bank.
Sebarang pertanyaan anda boleh terus menghubungi Pn Shams selaku Pengurus Operasi J&T Express PRK413 Bandar Seri Iskandar di talian 011 – 3955 3211 atau Pn Nurhuda selaku Ketua Unit Kebajikan Kumpulan PUBI di talian 017 – 536 9624.
Jesteru itu, pihak Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd juga ingin memohon kepada semua warga di Bandar Seri Iskandar dan sekitarnya untuk menghebahkan pelaksanaan program ini di mana mereka yang memerlukan bantuan boleh hadir terus ke premis kami di alamat seperti di atas untuk mendapatkan barang-barang keperluan yang telah disediakan.
Semoga dengan pelancaran program ini akan dapat meringankan masyarat setempat di dalam mengharungi saat-saat getir sewaktu pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia sehingga ke hari ini.
Semoga usaha ini diberkati dan dirahmati olehNya serta berjalan dengan jayanya.
Insyallah.
KOMEN TERKINI