BIODATA NEELOFA SELEBRITI IKON PERNIAGAAN BELIA BERJAYA

KISAH KEJAYAAN: BIODATA NEELOFA SELEBRITI IKON PERNIAGAAN BELIA BERJAYA

Nama Neelofa sudah tidak asing lagi di Malaysia terutamanya dalam industri hiburan, terkenal sebagai antara selebriti paling berjaya meskipun berdepan dengan pelbagai kontroversi.

Beliau merupakan selebriti tempatan yang sangat terkenal dengan kerja-kerja pengacaraan, peragaan dan lakonan. Pernah menggenggam trofi Bintang Paling Popular bagi edisi Anugerah Bintang Popular Berita Harian anjuran ke-29, menunjukkan nama beliau yang dikenali oleh segenap lapisan masyarakat.

Pada tahun 2020, selebriti berusia 31 tahun ini sudah menempa nama sebagai pengacara dan sudah mengorak langkah menjadi ahli perniagaan. Artikel ini akan menghuraikan latar belakang Neelofa yang sangat sesuai dijadikan sebagai inspirasi ikon selebriti perniagaan. Jom baca!

Baca Lanjut

FORMULA MENJADI USAHAWAN BERJAYA DARI NEELOFA

SETIAP TAHUN LANGKAHNYA SEMAKIN MELEBAR

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Binti Mohd Noor adalah seorang wanita bukan sahaja berjaya disebabkan oleh bakat beliau di dalam bidang seni tetapi beliau juga telah dilabel sebagai usahawanita dan ahli korporat yang sangat berjaya di Malaysia.

Neelofa juga menjadii selibriti Malaysia yang mempunyai pengikut teramai di Instagram iaitu hampir 5.4 juta orang. Bukan setakat itu sahaja, pada usia yang sangat muda juga beliau sudah bergelar jutawan dan Majalah Forbes Asia dan Swarovski meletaknya sebagai antara individu yang berjaya, disegani serta berpengaruh di Asia. Baca Lanjut