LAWATAN KE KILANG ECOBIO PACK MALAYSIA

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 26hb Disember 2019 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah mengadakan lawatan tidak rasmi ke pembuatan ‘Biodegradable Product milik Smart Partner KOPUBI Perak Bhd iaitu Syarikat EcoBio Pack Sdn Bhd di Subang Jaya, Selangor.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi KOPUBI iaitu En Sharul Baha Abd Rahman dan Ahli Lembaga Koperasi En Mohd Fhami Mohamed Nordin.

Kehadiran wakil koperasi telah disambut oleh Pengarah Urusan syarikat iaitu Pn Shieda Manap yang turut menyertai lawatan ke kilang yang menghasilan produk mesra alam ‘Paper Straw’.

Baca Lanjut

MESYUARAT ANGGOTA KABINET KUMPULAN PUBI 2019

KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Terkini pada 29hb Disember 2019 yang lalu, Kumpulan PUBI telah mengadakan Mesyuarat Anggota Kabinet yang pertama bagi sesi Jawatankuasa PUBI Perak 2019/2021.

Mesyuarat Anggota Kabinet ini telah berlangsung dengan jayanya di Symphony Suite Hotel Ipoh Perak dengan menyaksikan seramai 30 orang anggota kabinet telah menghadirkan diri.

Mempengerusikan Mesyuarat Anggota Kabinet ini adalah En. Sharul Baha Abd Rahman yang juga merupakan Pengerusi Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan 3 buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI).

Baca Lanjut

BERMULA DENGAN SEBUAH MESIN JAHIT KINI SUDAH ADA KILANG SENDIRI

SIAPA SANGKA, BERMULA DARI RUMAH MENGGUNAKAN SEBUAH MESIN JAHIT, DAN NIAT NAK BANTU MENAMBAHKAN PENDAPATAN SEISI KELUARGA, JENAMA SABELLA KINI MAMPU BERDIRI GAH DENGAN PEMBUKAAN KILANG SELUAS 30,000 KAKI PERSEGI.

Alhamdulillah, pembukaan tahun baru 2020 yang penuh makna dan menjadi sejarah buat Tuan Mohd Sufian Sulaiman dan isteri, Puan Siti Fatimah Abd Samad, pemilik Sabella Holding Sdn Bhd kerana pada tarikh 1 Januari 2020 mereka telah mengadakan majlis perasmian kilang baru mereka yang besar.

Berlokasikan kawasan perindustrian yang kebanyakan kilangnya dimiliki oleh jenama terkenal yang ada di Malaysia, berdiri megah sebuah kilang anak melayu bumiputera yang bakal menggegarkan industri tekstil di negara kita ini.

Baca Lanjut

DULU DIPERLEKEH JUAL SUSU SEGAR TUMPANG BAS, KINI JENAMANYA RAIH JUTAAN RINGGIT

BAGI SEORANG USAHAWAN, PASTINYA PERNAH MELALUI PERMULAAN YANG AGAK SUKAR SEBELUM BERJAYA. SAMA JUGA DENGAN KISAH LELAKI INI SEWAKTU MULA BERJINAK DENGAN DUNIA KEUSAHAWANAN 10 TAHUN YANG LEPAS.

Di dalam satu perkongsian di laman Facebook, Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh, Tuan Azmi Zainal telah berkongsi tentang kisah perjalanan beliau sebagai seorang usahawan yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Kini jenama syarikat beliau telah memasuki pasaran antarabangsa. Mari kita sama-sama ikuti perkongsian Tuan Azmi Zainal.

Baca Lanjut