TANAM CILI SELUAS 1.2 HEKTAR, RATU ROCK ELLA KINI USAHAWAN PERTANIAN BERJAYA

ELLA BUKAN SUATU NAMA YANG ASING BAGI PEMINAT MUZIK TEMPATAN. MEMILIKI SUARA YANG LUAR BIASA MEMBUAT PENYANYI YANG SUDAH MENJANGKAU KE USIA 50 INI MASIH RELEVAN.

Namun, sejak dua menjak ini penyanyi lagu Permata Pemotong Permata ini sudah mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Kini dalam diam-diam Ella telah melebarkan sayap perniagaannya dengan menjadi pengusaha cili.

Ella bersama suaminya, Azhar Ghazali mengusahakan tanaman fertigasi cili sejak dua tahun lalu dengan modal pusingan RM150,000 membabitkan tiga ladang berkeluasan 1.2 hektar.

“Alhamdulillah, tanaman ini sudah masuk musim keenam di mana setiap ladang mampu menghasilkan pengeluaran cili lapan tan.

Baca Lanjut

BEKERJA SENDIRI BOLEH CARUM PERKESO MULAI ESOK

KUALA LUMPUR: SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (SKSPS) DIPERLUASKAN KEPADA 19 SEKTOR TIDAK FORMAL LAIN DI SELURUH NEGARA, BERKUAT KUASA ESOK.

Inisiatif itu dijangka memanfaatkan kira-kira 2.8 juta orang bekerja sendiri (OBS) yang mempunyai taraf warganegara atau pemastautin tetap Malaysia tanpa mengira had umur, sekali gus membolehkan mereka mendaftar dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Langkah memperluaskan skim itu dilaksana susulan Perintah Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Pindaan Jadual Pertama) 2019 dalam warta Kerajaan Persekutuan, PU (A) 374/2019.

Baca Lanjut

SELAMAT TAHUN BARU 2020!

SELURUH AHLI ANGGOTA KUMPULAN PUBI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2020 KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA TIDAK MENGIRA AGAMA DAN BANGSA.

Selamat bercuti dan semoga berbahagia selalu bersama keluarga tercinta, berhati-hatilah di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang. Semoga selamat sampai ke destinasi yang hendak ditujui.. Insyallah..

Daripada,
Ahli Jawatankuasa, Ahli Lembaga & Anggota Kabinet Kumpulan PUBI

Baca Lanjut

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA PROJEK LADANG HARAPAN

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 24 Disember 2019, KOPUBI Perak Bhd telah dijemput untuk hadir ke Pejabat Peguam Khairul & Syuhada bagi menandatangani Perjanjian Usahasama Projek Ladang Harapan anjuran SADC Perak.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Baha Abd Rahman dan Timbalan Pengerusi Koperasi iaitu Tuan Kudus Alie Novel.

Umum sedia maklum bahawa sebanyak 8 buah koperasi di Negeri Perak telah terpilih untuk menyertai projek ladang harapan anjuran SADC Perak ini dan KOPUBI Perak Bhd adalah salah sebuah koperasi yang sangat bertuah kerana terpilih.

Baca Lanjut