
SIAPA SANGKA, BERMULA DARI RUMAH MENGGUNAKAN SEBUAH MESIN JAHIT, DAN NIAT NAK BANTU MENAMBAHKAN PENDAPATAN SEISI KELUARGA, JENAMA SABELLA KINI MAMPU BERDIRI GAH DENGAN PEMBUKAAN KILANG SELUAS 30,000 KAKI PERSEGI.
Alhamdulillah, pembukaan tahun baru 2020 yang penuh makna dan menjadi sejarah buat Tuan Mohd Sufian Sulaiman dan isteri, Puan Siti Fatimah Abd Samad, pemilik Sabella Holding Sdn Bhd kerana pada tarikh 1 Januari 2020 mereka telah mengadakan majlis perasmian kilang baru mereka yang besar.
Berlokasikan kawasan perindustrian yang kebanyakan kilangnya dimiliki oleh jenama terkenal yang ada di Malaysia, berdiri megah sebuah kilang anak melayu bumiputera yang bakal menggegarkan industri tekstil di negara kita ini.
Cerita Tuan Sufian Sulaiman, Puan Siti Fatimah pernah berniat – “Jika Allah bantu aku hari ini, maka aku akan bantu lebih ramai orang yang susah dari aku sekarang.” Itu niat Puan Siti ketika dia berhasrat untuk memulakan perniagaannya. Daripada niat itu, dengan izin Allah ia berubah menjadi datangnya punca rezeki yang melimpah tanpa mereka sedar. Kini, Sabella membantu menjadi sumber pendapatan kepada ejen dan dropship dan juga kepada kakitangannya.
Sambung Tuan Sufian lagi dalam nada sebak sambil mengenang perjalanan bisnesnya, Puan Siti dulunya struggle menjahit 100 helai tempahan hingga jari bengkak, sakit dan tak boleh bergerak. Tetapi Puan Siti tetap berusaha menyiapkan tempahan baju dan memastikan pelanggannya dapat apa yang mereka nak. Puan Siti bersungguh-sungguh nak bantu Tuan Sufian menambahkan pendapatan dan beliau sendiri tak nak hidup susah.
Baca juga kisah kejayaan Usahawan Susu Segar yang kini bergelar jutawan –>

MISKIN BANDAR BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA
Tuan Sufian pernah berkongsi kisah dengan kami, pendapatannya sebagai pelukis pelan dan duduk di tengah bandar membuatkan mereka tergolong dalam golongan miskin bandar.
Alhamdulillah, struggle dan susah payah di waktu awal berniaga membuahkan hasil apabila mereka mula dapat order yang makin banyak. Mereka mula mencari mentor bisnes dan mula bertemu dengan Dr Azizan Osman serta hadir ke Program RichWorks. Asbab berMenThor dengan Dr Azizan Osman, mereka juga boleh upgrade bisnes daripada 1 mesin jahit kepada lebih 30 mesin jahit, mula menyewa 1 kedai ‘corner lot’ dan menambah jumlah pekerja.
Peningkatan perniagaan Sabella yang mengeluarkan dan memasarkan baju kurung tanpa gosok ini sangat pantas. Jika dulu setiap department syarikatnya diisi oleh mereka berdua sahaja, tapi sekarang empayar bisnes Sabella diisi dengan lebih 100 orang kakitangan.
Baca juga kisah OKU yang berjaya raih jualan RM8,000 sehari –>

DALAM TEMPOH 3 TAHUN JUALAN MENINGKAT SEHINGA RM24 JUTA!
Bukan itu sahaja, jika dulu sales mereka yang hanya RM1 juta setahun meningkat kepada RM24 juta dalam tempoh 3 tahun berkat usaha gigih dan tanpa jemu berusaha memajukan perniagaan mereka. Dan lebih membanggakan pembukaan kilang baru mereka tidak menggunakan pinjaman daripada bank. Semua itu hasil daripada bisnes beliau.
Tapi bagi Tuan Sufian, apa yang orang nampak kejayaan Sabella hari ini adalah bermula daripada kepayahan hidupnya dulu. “Kami dulu pernah susah sampai tak ada duit nak beli susu untuk anak sehinggakan terpaksa gunakan susu pekat manis yang dibancuh air kosong dan beri kepada anak sebelum tidur. Pada masa ‘tu memang tak ada duit. Kami tak ceritakan ini kepada sesiapa sebab tak nak susahkan orang lain.
Semoga kisah ini akan memberi manfaat dan inspirasi kepada kita untuk terus maju dan berjaya di dalam perniagaan masing-masing.
Sama-sama kita jadikan tahun 2020 ini sebagai tahun pencetus kejayaan yang lebih besar kepada kita semua. Insyallah..
Baca juga kisah Jutawan ‘D’xandra’ –>
PERCAYALAH, PERJALANAN BERIBU BATU ITU BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA..



Sumber : Siakap Keli
KOMEN TERKINI