BAGI SEORANG USAHAWAN, PASTINYA PERNAH MELALUI PERMULAAN YANG AGAK SUKAR SEBELUM BERJAYA. SAMA JUGA DENGAN KISAH LELAKI INI SEWAKTU MULA BERJINAK DENGAN DUNIA KEUSAHAWANAN 10 TAHUN YANG LEPAS.

Di dalam satu perkongsian di laman Facebook, Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh, Tuan Azmi Zainal telah berkongsi tentang kisah perjalanan beliau sebagai seorang usahawan yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Kini jenama syarikat beliau telah memasuki pasaran antarabangsa. Mari kita sama-sama ikuti perkongsian Tuan Azmi Zainal.

KENAPA GV FARM FRESH ADA SEGMEN KONGSI REZEKI?

Tulisan asal dari Facebook Tuan Azmi Zainal 

Bagus ya Farm Fresh n Astro ni bantu artis2 yg memerlukan…byk sekali komen2 positif yg di lontarkan oleh netizen d social media… terimakasih brader ucapkan pada mereka yg menyokong kami

Ramai mengenali kami dgn jenama kami Farm Fresh… jenama no 1 susu segar d malaysia… jualan ratusan juta setahun…

Ada beribu ekar ladang d Malaysian dan Australia, punya kilang tercantik, tercanggih dan terakhir ini menaja GEGAR VAGANZA dgn jutaan ringgit dan bagi sumbangan RM 10 000 pada artis yg kurang bernasib baik

Mungkin tidak ramai penonton GV yg tau kisah brader dan bro Loi memulakan bisnes kecil kami sehingga mencapai ke tahap ini, kami bermula dgn 60 ekor lembu dan membeli susu dari penternak, kami hantar susu2 tu naik bas ekspres kerana tiada lori yg nak heran pun setakat nak hantar kan susu 10-20 kotak ke KL,

Brader tunggu bas ekspress d petronas sungai besi… kami jual d kedai2 kecil dahulu sebelum masuk ke supermarket… bila petang brader akan jual sendiri d pasar malam dan pasar tani.. kami rasa perit dan susah…

Baca juga kisah Usahawan Berjaya dari sebuah mesin jahit kini mempunyai sebuah kilang –>

”biar lah itu company kecik… kita x payah usik… nanti dia sendiri mati maaaa”…
Antara kata-kata kejian yang pernah beliau terima.

BUKAN HANYA AIR MATA SAHAJA YANG MENGALIR… MARUAH JUGA DI INJAK-INJAK

Kami tidak pernah kenal erti tewas… ramai yg mentertawakan kami… malah kompetitor kami kata pada buyer supermaket…

Kami simpan itu sebagai semangat dan dgn dendam kesumat… bila nak cari promoter pulak, ramai promoter2 yg ketawakan brader…

betul ke kau blh byr gaji ni… kau pun pakai selipar je”…

Kami telan semua itu… kami terus berusaha dan berdoa…. kami tau bagaimana perasaannya menjadi orang susah yg memerlukan…

Atas dasar keinsafan dan sedar asal usul kami… kami tidak pernah lupa dan sentiasa ingat hari2 kami bermula dulu… sebab tu lah kami buat GV Farm Fresh CSR ini.

Tunggukan artis CSR kita mlm ni… kasi surprise sikit… ramai yg merinduinya, dan jangan luoa juga tunggu apa brader nak cakap mlm ni..

Baca juga kisah Ratu Rock Ella kini bergelar Usahawan Cili yang berjaya –>

Begitulah luahan seorang usahawan yang berjaya di dalam bidangnya dan semoga perkongsian ini akan memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus maju di dalam perniagaan masing-masing.

Jom sama-sama kita jadikan tahun 2020 ini akan menjadi tahun yang gemilang buat kita semua. Insyallah..