KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Terkini pada 29hb Disember 2019 yang lalu, Kumpulan PUBI telah mengadakan Mesyuarat Anggota Kabinet yang pertama bagi sesi Jawatankuasa PUBI Perak 2019/2021.

Mesyuarat Anggota Kabinet ini telah berlangsung dengan jayanya di Symphony Suite Hotel Ipoh Perak dengan menyaksikan seramai 30 orang anggota kabinet telah menghadirkan diri.

Mempengerusikan Mesyuarat Anggota Kabinet ini adalah En. Sharul Baha Abd Rahman yang juga merupakan Pengerusi Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan 3 buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI).

6 buah Jawatankuasa telah bersidang dan berbicang untuk merancang segala aktiviti dan program yang bakal dilaksanakan pada tahun 2020 dengan penuh disiplin dan komited.

Jawatankuasa tersebut adalah;

  1. Jawatankuasa Pasar Malam & Bazaar
  2. Jawatankuasa Pembangunan Wanita
  3. Jawatankuasa Pembangunan Usahawan
  4. Jawatankuasa Kebajikan & Kerohanian
  5. Jawatankuasa Kembara & Rekreasi
  6. Jawatankuasa Kelab Belia

(opens in a new tab)”>Lihat koleksi gambar Mesyuarat Anggota Kabinet Kumpulan PUBI 2019 –>

En. Sharul selaku Pengerusi Kumpulan PUBI Menyerahkan cendrahati kepada YB Tuan Hasnul Zulkarnain yang hadir sebagai perasmi penutup mesyuarat ini

MAJLIS PERASMIAN TELAH DISEMPURNAKAN OLEH YB HASNUL ZULKAIN SELAKU PENAUNG KEPADA PUBI PERAK

Pada sebelah petang, Penaung PUBI Perak iaitu Yang Berhormat Tuan Hasnul Zulkarnain Bin Abd Munaim telah hadir untuk membuat perasmian penutup dan seterusnya beramah mesra bersama Anggota Kabinet selama hampir 1 jam.

Kumpulan PUBI sangat beruntung kerana walau di dalam kesibukan kerja dan jadual yang padat, Yang Berhormat masih sempat untuk meluangkan masa bagi merasmikan penutup Mesyuarat Anggota Kumpulan PUBI yang pertama ini.

Maka dengan terlaksananya Mesyuarat yang sangat bermanfaat pada hari ini diharapkan agar KUMPULAN PUBI akan menjadi sebuah entiti yang aktif di Bandaraya Ipoh dengan memiliki imejnya yang tersendiri serta berada pada kelasnya di mata dunia.

Semoga KUMPULAN PUBI akan terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, Koperasi yang berinovatif serta menjadi sebuah wadah buat belia usahawan yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..



Kumpulan PUBI adalah sebuah gabungan yang mengabungkan 3 buah entiti di bawah satu payung di mana kumpulan ini menjadi penggerak utama gerakan usahawan di Bandaraya Ipoh secara khususnya.

Melalui gabungan ini, wadah dan perjuangan dalam sektor keusahawanan dapat di bawa dan akan menjadi inspirasi kepada semua untuk terus maju di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar.

Semoga kumpulan ini akan melahirkan lebih ramai usahawan yang bertaraf jutawan yang beriman serta memberi manfaat kepada agama, negara dan juga bangsa.

Cik Mawardah Binti Ahmad Husni
Penolong Bendahari Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak