PROGRAM PERMERKASAAN USAHAWAN ASNAF 2020

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 23hb Januari 2020 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak di telah dijemput untuk menghadiri taklimat Program Permerkasaan Usahawan Asnaf 2020 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak di Kompleks Islam Negeri Perak.

Mewaklili PUBI Perak ke sesi taklimat ini adalah Pengerusi PUBI Perak iaitu En Sharul Rahman dan Naib Pengerusi PUBI Perak iaitu Tuan Kudus Alie Novel.

Baca Lanjut

TIGA TAHUN PAKAI KASUT KOYAK…CIKGU INI SEBAK KENANG NASIB PELAJAR TINGKATAN DUA

KISAH KEHIDUPAN – TIGA TAHUN PAKAI KASUT KOYAK…CIKGU INI SEBAK KENANG NASIB PELAJAR TINGKATAN DUA

‘TAK semua orang punya nasib yang sama’

Begitulah kata-kata Cikgu Maisarah Hannan menerusi laman facebooknya, kelmarin.

Merupakan guru bimbingan dan kaunseling di sebuah sekolah, Cikgu Maisarah berkata, gambar kasut (seperti yang dikongsi ini) punya kisah tersendiri.

“Kasut ini milik pelajar Tingkatan Dua di sekolah saya. Ia dipakai sejak dia berada di Tahun Enam lagi. Sedihkan,” katanya kepada GPS Bestari.

Baca Lanjut

TAHNIAH LA PARRA IPOH KERANA MENYINTAI ALAM SEKITAR

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 22hb Januari 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) secara rasminya telah membekalkan produk Biodegradable KOPUBI Perak Bhd yang terlaris di pasaran iaitu Paper Straw kepada salah sebuah Cafe Hipsters yang terkenal di Meru Raya iaitu La Parra Ipoh.

Alhamdulillah, melalui promosi yang dibuat secara besar-besar, Pengurus Syarikat ini iaitu En Azizan Abas telah menghubungi kami dan menyatakan minat untuk membantu kempen cintai alam sekitar yang sedang giat diperhebatkan.

Sebagai permulaan, La Parra Ipoh telah bersetuju untuk menerima bekalan sebanyak 10,000 batang “Paper Straw’ daripada pihak KOPUBI Perak Bhd bersaiz 6mm dan akan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai pembekal utama produk Biodegrable kepada Cafe Hipsters yang terkenal ini.

Baca Lanjut

KASIH IBU HINGGA KE SYURGA, 3 BERANAK MAUT DIHEMPAP POKOK SAWIT

KEMALANGAN – KASIH IBU HINGGA KE SYURGA, 3 BERANAK MAUT DIHEMPAP POKOK SAWIT

‘Malang tidak berbau’, perumpamaan itu boleh diungkap bersama kemalangan yang menimpa satu keluarga pada pagi ini. Tragedi hitam berlaku buat 3 beranak apabila motosikal yang ditunggang ibunya dihempap sebatang pokok kelapa sawit.

Kejadian malang ini berlaku di Jalan Batu Puteh, Batu Pahat. Menerusi Harian Metro, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi itu telah meragut nyawa 3 beranak tersebut.

Baca Lanjut