SOP PKPB YANG KITA MESTI TAHU (UPDATED)

INFO: SOP PKPB YANG KITA MESTI TAHU (UPDATED)

Terkini, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 Nov -6 Disember 2020.

Kerajaan turut mengumumkan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Labuan diteruskan secara automatik serta bersambung lagi 4 minggu 9 Nov -6 Disember 2020.

Bersamalah kita mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

Baca Lanjut

INTIPATI BELANJAWAN 2021: SENARAI BANTUAN KERAJAAN YANG DIUMUMKAN

INTIPATI BELANJAWAN 2021: SENARAI BANTUAN KERAJAAN YANG DIUMUMKAN

Berikut dikongsikan intipati Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

Antara yang menarik pada Belanjawan kali ini ialah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang menggantikan BSH. Selain itu, pengeluaran akaun 1 KWSP sebanyak RM500 selama setahun turut diumumkan.

Anda juga boleh ikuti live update bantuan-bantuan yang akan diumumkan di Telegram rasmi https://t.me/belanjawan2021.

Baca Lanjut

DIRGAHAYU TUANKU

SEMOGA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH!

DIRGAHAYU TUANKU!

Merafak Sembah Dan Setinggi-Setinggi Ucapan Tahniah.

DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH SULTAN, YANG DI-PERTUA DAN RAJA PEMERINTAH NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.

Sempena Ulang Tahun Keputeraan Tahun 2020.

“Semoga Allah SWT Memberkati Pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan”

Daripada,
Ahli Jawatankuasa, Ahli Lembaga & Anggota Kabinet Kumpulan PUBI

SESI TEMUDUGA & PEMILIHAN STAF J&T EXPRESS MILIK KOPUBI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah membangunkan sebuah projek usahasama bersama syarikat J&T Malaysia Sdn Bhd dengan membuka sebuah Operasi Perkhidmatan Penghantaran Ekspress yang menggunakan jenama J&T Express.

Susulan daripada itu, pada 21hb September 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd yang diwakili oleh Pengerusi En. Sharul Rahman bersama beberapa Ahli Lembaga Koperasi telah menandatangani perjanjian usahasama tersebut secara rasmi bersama J&T Ekspress Sdn. Bhd. bagi membolehkan pihak koperasi meneruskan pembukaan rasmi sebuah ‘Premium Courier Point’ di sebuah lokasi yang dipersetujui iaitu di Bandar Seri Iskandar Perak.

Setelah termeterai perjanjian tersebut maka pihak Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd terus memulakan sesi temuduga dan pencarian staf bagi tujuan operasi dan pengurusan perkhidmatan penghantaran J&T Express ini.

Baca Lanjut