INFO: SOP PKPB YANG KITA MESTI TAHU (UPDATED)
Terkini, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 Nov -6 Disember 2020.
Kerajaan turut mengumumkan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Labuan diteruskan secara automatik serta bersambung lagi 4 minggu 9 Nov -6 Disember 2020.
Bersamalah kita mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Intipati Belanjawan 2021: Senarai Bantuan Kerajaan Yang Diumumkan
Berikut adalah senarai SOP PKPB yang kita mesti ketahui;
KAWALAN PERGERAKAN
1. HANYA DUA (2) orang sahaja yang DIBENARKAN keluar (termasuk dalam/atas kenderaan) sebagai wakil daripada satu (1) isi rumah bagi tujuan membeli/mendapatkan bekalan makanan (termasuk makan di restoran/kedai makan/dine-in)/keperluan asas dan lain-lain keperluan. Individu yang berisiko
tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam,terbuka dan sesak.
2. Kenderaan yang membawa barangan dan perkhidmatan perlu serta rantaian aktiviti ekonomi/industri DIBENARKAN keluar masuk. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan ini bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.
3. Pergerakan kenderaan persendirian, jabatan Kerajaan atau syarikat swasta bagi tujuan pergi dan balik dari tempat kerja atau menjalankan urusan rasmi kerajaan adalah bergantung kepada kapasiti tempat duduk kenderaan tersebut.
4. Aktiviti dan perkhidmatan disemua lapangan terbang dan pelabuhan DIBENARKAN beroperasi.
5. Bagi pergerakan udara melalui lapangan terbang, individu perlu mendapatkan kebenaran PDRM terlebih
dahulu.
6. Perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, LRT/ MRT/ ERL/ Monorel dan teksi/ e-hailing DIBENARKAN beroperasi. Individu yang menggunakan pengangkutan awam bagi tujuan rentas negeri/daerah selain tujuan ke tempat kerja perlu mendapatkan kebenaran PDRM.
7. Perkhidmatan teksi/ e-hailing (maksimum hanya dua (2) orang penumpang) dan penghantaran makanan DIBENARKAN beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam sepanjang tempoh PKPB.
AKTIVITI DALAM KAWASAN PKPB
1. Perniagaan / ekonomi / industri DIBENARKAN beroperasi seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan.
2. Pasar Raya, Pusat Beli belah dan Retail Store DIBENARKAN beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
3. Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
4. Restoran dan kedai makan DIBENARKAN beroperasi secara dine-in (DIHADKAN 2 – 4 ORANG SATU MEJA DENGAN PENJARAKAN 1 METER ANTARA PELANGGAN), bawa pulang (take away), penghantaran (delivery) atau pandu lalu dengan pematuhan kepada SOP Sektor Makanan (Perniagaan Berpremis, Penjaja Tanpa Premis, Pasar Berbangunan dan Peruncitan/Serbaneka Makanan & Minuman).
5. Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja dengan pematuhan SOP dan pengawasan pihak berkuasa.
6. Operasi pasar borong adalah antara 12.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja dengan pematuhan SOP dan pengawasan pihak berkuasa.
7. Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA/PBT.
8. Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA/PBT.
9. Waktu operasi pengepaman di stesen minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam).
10. Operasi dobi DIBENARKAN bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
11. Operasi lain-lain perniagaan yang DIBENARKAN bermula dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam
PERKHIDMATAN PERUBATAN/KESIHATAN
1. Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta DIBENARKAN beroperasi secara 24 jam atau mengikut waktu yang ditetapkan oleh Kerajaan.
2. Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.
PENJARAKAN FIZIKAL
1. Pemilik premis memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal 1 meter.
2. Pemilik premis memastikan pelanggan check in premis menggunakan MySejahtera atau menulis secara manual nama dan no. telefon serta mengimbas suhu badan. Suhu badan 37.5 darjah Celcius dan ke atas adalah TIDAK DIBENARKAN memasuki premis.
3. Pemilik premis menghadkan bilangan pelanggan berada di premis
AKTIVITI PEKERJAAN
1. Pergerakan keluar/masuk merentas kawasan PKPB TIDAK DIBENARKAN. Hanya pekerja yang mempunyai pas pekerja yang sah ATAU surat kebenaran daripada majikan pemohon DIBENARKAN untuk tujuan bekerja dan menjalankan tugas.
2. Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan menetapkan pekerja untuk bekerja dari rumah (work from home) KECUALI pekerja dalam kategori yang ditetapkan oleh Pekeliling/Arahan JPA bagi penjawat awam dan Business Continuity Plan (BCP) (terlibat secara langsung dengan pengoperasian syarikat) bagi kakitangan sektor swasta.
3. Bagi kenderaan yang membawa pekerja termasuk kenderaan persendirian adalah DIBENARKAN beroperasi dengan pematuhan SOP.
AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI
1. Aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal (indoor dan outdoor) dan dijalankan secara individu tidak melebihi 10 orang seperti berjalan, jogging, berbasikal, senam robik kendiri, hiking, memancing dan lain-lain di dalam kawasan PKPB sahaja adalah DIBENARKAN dengan mematuhi SOP Sektor Sukan & Rekreasi.
2. Aktiviti di padang bola sepak komersial, gymnasium, gelanggang futsal dan dewan badminton komersial yang mempunyai premis DIBENARKAN beroperasi bermula 6.00 pagi hingga 10.00 malam dengan mematuhi SOP Sektor Sukan & Rekreasi.
3. Kebenaran beroperasi dan menggunakan fasiliti padang komersial dan futsal oleh orang awam adalah TERHAD bagi aktiviti latihan yang tidak melibatkan sentuhan fizikal dan maksimum 10 orang sahaja. Setiap pengusaha dan operator sukan perlu menjadualkan pelaksanaan latihan sekiranya terdapat ramai peserta dengan menghadkan jumlah tidak melebihi 10 orang pada satu-satu masa.
4. Program latihan berpusat yang sedia ada dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara danMajlis Sukan Negeri-negeri berkenaan boleh diteruskan secara “Quarantine Based Approach” seperti yang dilaksanakan di Kompleks MSN Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kg. Pandan dan Velodrome, Nilai.
AKTIVITI SEKTOR EKONOMI DAN INDUSTRI
1. Aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.
2. Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan dan perkilangan DIBENARKAN beroperasi termasuk merentas daerah dan negeri.
AKTIVITI SEKTOR PERIKANAN, PERLADANGAN DAN PERTANIAN
1. Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan adalah DIBENARKAN beroperasi.
AKTIVITI KEAGAMAAN
1. Aktiviti di masjid dan surau DIBENARKAN dengan had kehadiran ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.
2. Aktiviti di rumah ibadat bukan Islam DIBENARKAN dengan had kehadiran ditetapkan oleh MKN/KKM/Kerajaan Negeri dan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi rumah ibadat di Wilayah Persekutuan.
3. Upacara pernikahan (akad nikah) Islam DIBENARKAN dengan kehadiran had maksima 30 orang sahaja berdasarkan keluasan ruang dan penjarakan fizikal di pejabat Agama atau tertakluk kepada jumlah yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.
4. Upacara perkahwinan bukan Islam DIBENARKAN dengan kehadiran had maksima 30 orang berdasarkan keluasan ruang dan penjarakan fizikal di Jabatan Pendaftaran Negara / Rumah Ibadat / Persatuan Agama Bukan Islam.
INDUSTRI KREATIF
1. Aktiviti rakaman bagi muzik, konsert, penggambaran filem, bual bicara dan seumpamanya DIBENARKAN sama ada rakaman dalaman (studio) atau luar premis TERHAD di dalam kawasan PKPB sahaja dengan jumlah kru yang minima dan TANPA PENONTON serta mematuhi SOP Industri Kreatif.
2. Aktiviti acara langsung dibenarkan tanpa penonton dengan jumlah kru dan petugas yang ditetapkan oleh KKMM.
3. Aktiviti busking di dalam lokasi tertutup (dalam bangunan) DIBENARKAN dengan kawalan masa persembahan dan jumlah penonton yang ditetapkan oleh KKMM.
LAIN-LAIN AKTIVITI YANG DIBENARKAN
- Lain-lain aktiviti yang tidak termasuk dalam Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan (Negative List) adalah DIBENARKAN berdasarkan SOP sedia ada yang telah ditetapkan.
SENARAI AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN (NEGATIVE LIST)
Berikut Adalah Senarai Aktiviti Yang TIDAK DIBENARKAN ;
AKTIVITI HIBURAN
- Aktiviti di kelab malam atau pub, taman tema, indoor playground dan panggung wayang.
- Aktiviti konsert atau acara langsung dengan kehadiran penonton.
SEMINAR / BENGKEL / PERSIDANGAN/ PAMERAN
- Semua Seminar/Bengkel/Kursus/Latihan/Persidangan/Ceramah/Pameran dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE).
PENGECUALIAN. ; Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan BOLEH DILAKSANAKAN hanya dalam kawasan institusi latihan sahaja.
MESYUARAT
- Mesyuarat bersemuka agensi Kerajaan dan swasta melibatkan kehadiran wakil agensi luar dan dilaksanakan secara sidang video.
PENGECUALIAN. ; a) Mesyuarat secara bersemuka HANYA DIBENARKAN yang melibatkan ekspatriat dan C suite dengan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka. b) Mesyuarat dalaman DIBENARKAN mengikut Pekeliling/Arahan JPA dan garis panduan MITI.
PENGANJURAN MAJLIS KERAMAIAN
- Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial.
- Penyertaan pegawai kerajaan dan swasta bagi Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi dari kawasan PKPB dan PKPD ke luar kawasan.
PENDIDIKAN
- Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, pusat tahfiz, sekolah, tadika, taska dan pusat jagaan kanak-kanak ditutup dalam tempoh PKPB kecuali taska dan pusat jagaan kanak-kanak bagi penjagaan anak-anak frontliners dan ibubapa/penjaga yang bekerja dengan kebenaran beroperasi oleh Kementerian berkaitan.
- PENGECUALIAN. Pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil ujian atau peperiksaan dengan institusi luar negara adalah DIBENARKAN untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.
AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI
- Aktiviti berkelah, aktiviti kolam renang, aktiviti bersentuhan fizikal/sukan tempur, aktiviti perlawanan bagi sukan berpasukan dan aktiviti penganjuran kejohanan/pertandingan.
- Aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkan penglibatan yang ramai dan sukar dikawal penjarakan fizikal.
- Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negara.
AKTIVITI PELANCONGAN
- Aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB.
- Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia kecuali pelancong asing daripada negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri.
LAIN-LAIN YANG TIDAK DIBENARKAN
- Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.
- Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
Semoga kita semua berlapang dada dan menerima ketetapan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan ini dan marilah kita mengambil langkah berjaga-jaga serta terus mengamalkan SOP yang telah ditetapkan bagi menyekat penularan wabak penyakit Covid-19 yang sedang melanda negara kita ini.
Sama-samalah kita memanjatkan doa kepada yang Maha Esa akan dipermudahkan segala urusan kita dan melindungi negara kita dari wabak penyakit ini. Insyallah
Sumber : Majlis Keselamatan Negara
KOMEN TERKINI