SANTAI BOWLING KELUARGA KUMPULAN PUBI

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DI SAMPING MENGADAKAN PROGRAM-PROGRAM RIADAH BAGI MENGERAT PENYATUAN DI KALANGAN AHLI YANG BERNAUNG DI BAWAH SATU PAYUNG.

Terkini buat julung kalinya, pada 12hb September yang lalu. PUBI Perak di bawah Jawatankuasa Kebajikan dan Kerohanian telah menganjurkan sebuah program amal bagi mengutip dana pendidikan Kumpulan PUBI bagi tahun 2020 ini.

Sebahagian daripada yuran penyertaan acara ini telah disumbangkan kepada tabung kebajikan (Pendidikan) Kumpulan PUBI yang telah dikelolakan sejak tahun lepas di bawah jawatankuasa ini.

Alhamdulillah, program yang dirancang ini telah berjalan dengan baik di mana majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Puteri Holijah Muhamad Rali (SK Puteri Holijah) selaku Ahli Majlis Perbandaran Ipoh (MBI) dan sekalung penghargaan serta terima kasih di atas kesudian untuk hadir bersama kami.

Baca Lanjut

JOM DAFTAR BENGKEL JOM BELAJAR PHOTOSHOP

JOM DAFTAR BENGKEL JOM BELAJAR PHOTOSHOP


PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN SERTA MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.

BENGKEL JOM BELAJAR PHOTOSHOP?

▶️ Nak belajar macam mana nak buat design untuk iklan sempoi?
▶️ Nak belajar nak wat flyers yang menarik?
▶️ Nak belajar cara nak buat design banner atau banting?
▶️ Nak belajar teknik untuk membuat name card..?
▶️ Nak belajar buat infografik yang menarik..?

Ini ada peluang untuk anda semua kerana PUBI Perak akan menganjurkan sebuah Kelas Asas Photoshop yang sangat murah dan berbaloi.

Baca Lanjut

KES COVID-19 TELAH MENCECAH LIMA ANGKA, MELEBIHI 10,000 KES

TERKINI: KES COVID-19 TELAH MENCECAH LIMA ANGKA, MELEBIHI 10,000 KES

Adalah dimaklumkan bahawa jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sehingga 16 September 2020 telah mencatat lima angka iaitu, 10,031 kes. Kes aktif pula, iaitu kes dengan kebolehjangkitan COVID-19 juga meningkat kian hari; manakala kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga didapati semakin meningkat.

Berdasarkan data terkini bagi 15 orang pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), didapati:

Baca Lanjut

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

Kumpulan PUBI mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh Rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum. Kita adalah bangsa Malaysia dan kita adalah Anak Malaysia. Sama-samalah kita mengucapkan kesyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah kecapi selama ini.

Pencapaian yang kita kecapi selama ini adalah usaha kita bersama. Kita tidak akan berhenti di sini sahaja. Malah akan terus mengorak langkah dalam menjalankan tanggungjawab kita demi negara ini. Kita mampu melakukannya jika kita bersatu hati. 

Semoga negara kita terus maju di persada dunia.. Insyallah

Daripada,
Ahli Jawatankuasa, Ahli Lembaga & Anggota Kabinet Kumpulan PUBI