
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DI SAMPING MENGADAKAN PROGRAM-PROGRAM RIADAH BAGI MENGERAT PENYATUAN DI KALANGAN AHLI YANG BERNAUNG DI BAWAH SATU PAYUNG.
Terkini buat julung kalinya, pada 12hb September yang lalu. PUBI Perak di bawah Jawatankuasa Kebajikan dan Kerohanian telah menganjurkan sebuah program amal bagi mengutip dana pendidikan Kumpulan PUBI bagi tahun 2020 ini.
Sebahagian daripada yuran penyertaan acara ini telah disumbangkan kepada tabung kebajikan (Pendidikan) Kumpulan PUBI yang telah dikelolakan sejak tahun lepas di bawah jawatankuasa ini.
Alhamdulillah, program yang dirancang ini telah berjalan dengan baik di mana majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Puteri Holijah Muhamad Rali (SK Puteri Holijah) selaku Ahli Majlis Perbandaran Ipoh (MBI) dan sekalung penghargaan serta terima kasih di atas kesudian untuk hadir bersama kami.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Pembukaan Semula Pasar Malam PUBI Perak @ Pinji Mewah
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan Khas iaitu Pelawak Terkenal tanah air iaitu En. Hamdan Haji Ramly (Senario) yang turut menyertai acara bowling santai Kumpulan PUBI ini.
Program yang hanya terbuka kepada Ahli berdaftar Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), Anggota Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) dan juga Ahli Berdaftar Kelab Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI) ini telah berlangsung di dalam suasana penuh kecerian serta harmoni dan objektif menganjuran berjaya dicapai sepenuhnya.
Disamping beramal, ahli-ahli di bawah naungan kumpulan PUBI akan dapat berhimpun serta beramah mesra di antara satu sama lain disamping mengeratkan silaturahim.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya termasuk menjayakan program berbentuk kerohanian serta kebajikan.
Setinggi tahniah kepada Jawatankuasa Kebajikan & Kerohanian PUBI Perak yang diketuai oleh Pn Nory Col di atas kejayaan penganjuran program yang memberi impaknya yang tersendiri.
Tidak lupa kepada semua Jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan program yang sangat bermakna ini serta peserta-peserta yang turut hadir bermain bowling sambil beramah mesra sesama kita.
Diharapkan dengan terlaksananya program ini akan mengikat serta mengukuhkan ukhwah setiap ahli dan anggota Kumpulan PUBI yang hadir.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..
KOMEN TERKINI