CERAMAH KEUSAHAWANAN JEMPUTAN MSU COLLEGE IPOH, PERAK

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 25hb Mac 2025 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah dijemput oleh pihak MSU College Ipoh Perak bagi menyampaikan sebuah ceramah berkaitan keusahawanan kepada pelajar yang terlibat dalam bidang keusahawanan.

Baca Lanjut

TAKLIMAT RINGKAS DI MASJID UMAR AL KHATTAB SIMPANG PULAI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 28hb Oktober 2024 yang lalu telah Team Pemasaran KOPUBI Perak Bhd telah mengadakan Taklimat Ringkas di Masjid Umar Alkhattab Simpang Pulai, Ipoh Perak.

KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah hub Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka di mana Pn. Hajah Salwa Binti Taib telah memberi kuliah ringkas berkenaan Pengurusan Harta Pusaka Islam, Hibah dan juga Kepentingan Wasiat.

Melalui Taklimat ini, sebilangan kemaah yang terdiri daripada kaum wanita telah di menimba ilmu pengetahuan tentang kepentingan penulisan wasiat semasa hayat dan manfaat yang bakal diperolehi oleh waris yang ditinggalkan sekira berlakunya kematian kelak.

Baca Lanjut

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024 (BAP) KPM

INFO – BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024 (BAP) KPM

TERKINI : Bantuan awal persekolahan RM150 akan disalurkan Januari 2024

Bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid akan disalurkan bermula Januari 2024.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, bantuan secara ‘sekali bayar’ itu akan memberi manfaat kepada 5,254,200 orang murid.

Baca Lanjut

BAP 2023: BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM150

INFO: BAP 2023 – BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM150

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah mengumumkan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023 berjumlah RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

Pengumuman tersebut dibuat ketika Perdana Menteri mengumumkan Bajet Mini pada 20 Disember 2022 di Dewan Rakyat.

Pembayaran bantuan tersebut akan disalurkan pada Januari 2023 bagi membolehkan ibu bapa mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya.

Baca Lanjut