SEJARAH JENAMA MAMEE HINGGA DIPASARKAN KE 100 NEGARA

BEKAS PENJUAL KERETA TERPAKAI BANGUNKAN JENAMA MAMEE HINGGA DIPASARKAN KE 100 NEGARA.

Inilah taukeh mee segera ‘Mamee’, Phang Chin Hin, seorang penjual kereta second hand!

Selain mee segera Maggi, rasanya semua daripada kita tahu satu lagi brand yang terkenal, Mamee. Kalau nak tahu, inilah pengasas Mamee, Phang Chin Hin, seorang anak tempatan yang asalnya penjual kereta terpakai!

Pada tahun 1971, seorang rakan Chin Hin mengajak beliau mengusahakan produk mee segera yang menurut kawannya itu, lebih ada masa depan berbanding jual kereta second hand. Baca Lanjut

FORMULA MENJADI USAHAWAN BERJAYA DARI NEELOFA

SETIAP TAHUN LANGKAHNYA SEMAKIN MELEBAR

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Binti Mohd Noor adalah seorang wanita bukan sahaja berjaya disebabkan oleh bakat beliau di dalam bidang seni tetapi beliau juga telah dilabel sebagai usahawanita dan ahli korporat yang sangat berjaya di Malaysia.

Neelofa juga menjadii selibriti Malaysia yang mempunyai pengikut teramai di Instagram iaitu hampir 5.4 juta orang. Bukan setakat itu sahaja, pada usia yang sangat muda juga beliau sudah bergelar jutawan dan Majalah Forbes Asia dan Swarovski meletaknya sebagai antara individu yang berjaya, disegani serta berpengaruh di Asia. Baca Lanjut

11 TIPS BERGUNA DARI VIVY YUSOF

HARI INI PUBI PERAK HENDAK BERKONGSI 11 Tips Berguna Dari Vivy Yusof.

Anda sangat beruntung kerana hari ini PUBI Perak hendak berkongi 11 tips berguna dan rahsia kejayaan sepanjang 7 Tahun Bergelar Usahawan dari pengasas FashionValet iaitu Datin Vivy Yusof. Datin Vivy Yusof juga adalah pengasas bersama The dUCk Group.

Anak kelahiran Kajang ini kini menjadi salah seorang usahawan yang sangat berpengaruh di Malaysia dengan memiliki sebuah gudang pakaian yang sangat besar serta mempunyai lebih 150 orang pekerja. Nilai syarikat berliau juga diangarkan bernilai jutaan ringgit. Baca Lanjut

PKNP FC LAYAK KE SEPARUH AKHIR PIALA FA

PKNP FC MELAKAR SEJARAH TERSENDIRI

PKNP FC melakar sejarah tersendiri apabila mara ke separuh akhir Shopee Piala FA 2018 setelah menewaskan Felda United 2-1 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka malam tadi.

Biarpun tewas 0-1 pada aksi suku akhir pertama di gelanggang sendiri 6 April lalu,  PKNP FC berjaya bangkit untuk meledak dua jaringan dan sekali gus layak berdasarkan jaringan gol di tempat lawan. Baca Lanjut