PERANCIS, SKUAD YANG DIBARISI PEMAIN IMIGRAN DAN MUSLIM, MUNCUL JUARA PIALA DUNIA 2018.

Tahniah diucapkan kepada skuad Perancis yang telah menjuarai Piala Dunia 2018 di Rusia. Mereka menumbangkan skuad Croatia yang dibarisi para pemain berkualiti, khususnya Luca Modric.

Perancis menang dengan 4 – 2 malam malam tadi (Waktu Malaysia) dan jaringan pasukan perancis telah disempurnakan oleh;

  • Mario Mandzukic (18′ OG)
  • Antoine Griezmann (38′ PK)
  • Paul Pogba (59′)
  • Kylian Mbappe (65′)

Manakala jaringan pasukan Crotia pula telah disempurnakan oleh;

  • Mario Mandzukic (69′)
  • Ivan Perisic (28′)

Apa yang menarik, pasukan Perancis ini dibarisi oleh ramai pemain Muslim serta berdarah pelarian dan imigran, khususnya dari Afrika.

Antara pemain tersebut adalah Pogba, Adil Rami, Djibril Sidibe, Benjamin Medy, N’golo Kante, Nabil Fekir dan Ousman Dembele berjaya mendapatkan tempat dalam pasukan Piala Dunia Perancis, atas minit permainan, kualiti serta prestasi yang mereka pamerkan ketika beraksi bersama kelab.

Semoga kemenangan ini dapat menjadi contoh untuk mengurangkan Islamophobia, sikap perkauman sempit yang melampau, serta xenophobia.

Syabas juga buat pasukan Croatia yang mempamerkan semangat juang serta melawan, sehingga akhir wisel penamat dibunyikan.

Koleksi gambar saat pasukan perancis menerima Piala Dunia