DUKA WAKTU BERBUKA, KANAK-KANAK 4 TAHUN MAUT JATUH DARI TINGKAT 12 KETIKA IBU TURUN AMBIL JUADAH

TRAGEDI – DUKA WAKTU BERBUKA, KANAK-KANAK 4 TAHUN MAUT JATUH DARI TINGKAT 12 KETIKA IBU TURUN AMBIL JUADAH

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Ampang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada kira-kira pukul 6.45 petang daripada seorang pengawal keselamatan kondominium berkenaan.

Beliau berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.30 petang semasa bapa kanak-kanak itu tiada di rumah, manakala ibunya pula turun ke bawah bangunan untuk mengambil juadah berbuka puasa.

Baca Lanjut

MOHAMAD ADLY AKHIRNYA DITEMUI MENINGGAL DUNIA

TERKINI – MOHAMAD ADLY AKHIRNYA DITEMUI MENINGGAL DUNIA

SABAK BERNAM – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 28 April lalu ditemui meninggal dunia di sebuah kebun di Kampung Baru di sini pagi tadi.

Mayat, Mohamad Adly Noordin, 34, ditemui sekumpulan pemburu babi di kebun itu kira-kira jam 11 pagi.

Bapa saudara angkatnya, Mohamad Sungip Omar, 40, berkata, kumpulan pemburu itu kemudian memaklumkan kejadian berkenaan di balai polis berhampiran.

Baca Lanjut

PKD MUALLIM KESAN ADA PELAJAR IPT POSITIF COVID-19

Gambar: FB Pejabat Kesihatan Daerah Muallim

TERKINI – PKD MUALLIM KESAN ADA PELAJAR IPT POSITIF COVID-19

IPOH: Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muallim mengesahkan ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah itu positif COVID-19 selepas menjalani saringan menerusi Ops Hantar Pelajar.

PKD Muallim dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata susulan daripada itu, pihaknya dengan bantuan pusat kesihatan IPT itu mengambil inisiatif membuat pengesanan kontak rapat yang berkemungkinan dijangkiti COVID-19 di salah satu kampus IPT itu.

“Tujuannya adalah mengesan awal secara pencarian aktif kemungkinan positif COVID-19 dalam kalangan warga IPT kampus itu.

Baca Lanjut

JAKEL NAFI CURI BEKALAN ELEKTRIK

TERKINI – JAKEL NAFI CURI BEKALAN ELEKTRIK

SHAH ALAM – Jakel menafikan menggunakan bekalan elektrik daripada pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa kebenaran pihak utiliti berkenaan di khemah di Seksyen 7 di sini.

Pengarah Jakel Shah Alam, Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata, pihaknya mempunyai meter yang sah dan menafikan dakwaan berlaku kecurian elektrik.

“Pihak Jakel Shah Alam mempunyai meter yang sah dan kita bayar bil kepada pihak TNB setiap bulan tanpa gagal, saya percaya berlaku salah faham berkaitan perkara ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Baca Lanjut