DUKA WAKTU BERBUKA, KANAK-KANAK 4 TAHUN MAUT JATUH DARI TINGKAT 12 KETIKA IBU TURUN AMBIL JUADAH

TRAGEDI – DUKA WAKTU BERBUKA, KANAK-KANAK 4 TAHUN MAUT JATUH DARI TINGKAT 12 KETIKA IBU TURUN AMBIL JUADAH

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Ampang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada kira-kira pukul 6.45 petang daripada seorang pengawal keselamatan kondominium berkenaan.

Beliau berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.30 petang semasa bapa kanak-kanak itu tiada di rumah, manakala ibunya pula turun ke bawah bangunan untuk mengambil juadah berbuka puasa.

Baca Lanjut