KEDAH & KELANTAN HILANG STATUS NEGERI ZON HIJAU SELEPAS CATAT SATU KES BARU COVID-19 HARI INI

TERKINI – KEDAH & KELANTAN HILANG STATUS NEGERI ZON HIJAU SELEPAS CATAT SATU KES BARU COVID-19 HARI INI

Putrajaya, 20 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan Kedah dan Kelantan hilang status negeri zon hijau selepas masing-masingmencatatkan satu kes baru hari ini (semalam).

Dalam kenyataan media KKM hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu kes melibatkan seorang pelajar telah dikesan dalam saringan COVID-19 di Kedah.

“Ia sebahagian dari keperluan untuk saring pelajar yang pulang ke Sabah dan Sarawak. Jadi kami jalankan saringan (yang sama) ke atas 271 pelajar, seorang daripadanya positif COVID-19.

Baca Lanjut

PERAK UMUM PAKEJ RANGSANGAN KEDUA LEBIH RM71 JUTA

TERKINI – PERAK UMUM PAKEJ RANGSANGAN KEDUA LEBIH RM71 JUTA

IPOH – Kerajaan Perak hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Fasa Kedua (PRE 2) bernilai RM71,171,820 membabitkan pelbagai sektor seperti perniagaan, pertanian dan pelancongan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pengumuman itu menjadikan jumlah keseluruhan pakej rangsangan ekonomi negeri itu melebihi RM100 juta.

Menurutnya, pakej rangsangan ekonomi kali ini memberikan lebih penumpuan kepada usaha membantu masyarakat perniagaan di negeri ini khususnya pengusaha mikro dalam kategori perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Baca Lanjut

SUAMI KERJA GAJI SERIBU SAJA, SEKALI DAPAT BAYARAN PERTAMA DARI YOUTUBE BUAT PAVITHRA TERKEJUT

KISAH KEHIDUPAN – SUAMI KERJA GAJI SERIBU SAJA, SEKALI DAPAT BAYARAN PERTAMA DARI YOUTUBE BUAT PAVITHRA TERKEJUT

” Saya hanya ingin membantu suami yang hanya bekerja di ladang, dia memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan.

” Jika ditolak komitmen bulanan kami hanya mempunyai kurang RM800 untuk perbelanjaan, sebab itu saya nekad membantunya.”

Demikian luahan S Pavithra, YouTuber suami isteri yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ yang mula mendapat perhatian selepas memuat naik video memasak pelbagai menu dalam bahasa Melayu.

Baca Lanjut

COVID-19: 971 KES POSITIF BERKAIT RENTAS NEGERI

COVID-19: 971 KES POSITIF BERKAIT RENTAS NEGERI

KUALA LUMPUR: Sebanyak 971 kes positif COVID-19 atau kira-kira 14.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 mempunyai sejarah merentas negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan, juga berkaitan dengan aktiviti merentas negeri.

“10 daripada kluster-kluster itu masih aktif,” katanya pada sedang media harian, di Putrajaya hari ini.

Baca Lanjut