PELIK TAPI BENAR, DI PERAK SEBUAH RUMAH 2 TINGKAT RM70 RIBU SAHAJA!

INFO – KERAJAAN PERAK BINA RUMAH DUA TINGKAT TIGA BILIK TIDUR DENGAN HARGA SERENDAH RM70 RIBU!

IPOH: Kerajaan Negeri Perak hari ini menunaikan impian rakyat di parlimen Gopeng untuk memiliki rumah pertama.

Melalui projek Rumah Perakku, kerajaan negeri telah membina 137 unit rumah dengan harga serendah RM70,000 di Raia Perdana.

Rumah dua tingkat yang dilengkapi dengan tiga bilik tidur itu dibangunkan secara usahasama di antara Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) dan MK Land Holdings Berhad ini.

Baca Lanjut

PENDAFTARAN PERMOHONAN & KEMASKINI BSH 2020 BERMULA 1 FEBRUARI

INFO – PENDAFTARAN PERMOHONAN & KEMASKINI BSH 2020 BERMULA 1 FEBRUARI

Ini info terbaru yang kami terima.

Pendaftaran permohonan dan kemaskini BSH 2020 (Bantuan Sara Hidup) akan dibuka bermula 1 Februari sehingga tarikh tutup 15 Mac nanti.

Anda hanya perlu kemaskini permohonan sekiranya menepati kriteria di bawah:

  1. Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
  2. Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau 
  3. Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
Baca Lanjut

HANYA JALANKAN TUGAS, KKM JAWAB FITNAH YANG VIRAL

ISU SEMASA – HANYA JALANKAN TUGAS, KKM JAWAB FITNAH KAKITANGAN MEREKA LAKUKAN JENAYAH TERANCANG

Selepas tular dua pegawai mereka didakwa sebagai ‘pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri’ atau KDN yang didakwa cuba untuk melakukan rompakan dari rumah ke rumah sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini tampil menafikan perkara tersebut.

Baca Lanjut

AWAS! KETAHUI LANGKAH PENCEGAHAN INFLUENZA A

INFO – KETAHUI LANGKAH PENCEGAHAN INFLUENZA A

Baru-baru ini tular di media sosial dan media massa tentang kebimbangan ramai orang berkaitan penularan wabak Influenza A di Malaysia. Ada juga penularan berita tidak benar dengan mengatakan bahawa virus tersebut sama dengan kes pneumonia misteri di Wuhan, China.

Untuk pengetahuan anda, influenza merupakan selsema dimana adalah jangkitan virus yang mudah berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin. Virus influenza ini kerap bermutasi untuk mengadaptasi keadaan persekitaran, ubat dan antibodi badan.

Akan tetapi, wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya akan menyebabkan demam selsema ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi dan berpotensi lalu boleh menyebabkan kematian.

Baca Lanjut