CUACA PANAS, KERING LANDA MALAYSIA SEHINGGA MAC

CUACA PANAS, KERING LANDA MALAYSIA SEHINGGA MAC

SHAH ALAM – Malaysia kini berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut dengan kurang taburan hujan yang akan menyebabkan cuaca kering dan panas sehingga hujung Mac.

Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan cuaca kering terutamanya di utara negeri Semenanjung iaitu Kedah, Perlis dan Perak selain Kelantan dan Terengganu.

Menurut kenyataan itu, keadaan hujan mulai berkurangan di utara Kedah dan Perlis apabila beberapa kawasan tidak menerima hujan selama dua minggu.

Baca Lanjut

TEALIVE SAHUT CABARAN SELAMATKAN BUMI

TAHUKAH ANDA BAHAWA TEALIVE ADALAH DI ANTARA SYARIKAT F&B TERAWAL DI MALAYSIA YANG MENYAHUT CABARAN ‘SELAMATKAN BUMI’ DENGAN MELAKSANAKAN KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR DALAM DIAM.

Setinggi-tinggi tahniah kepada jenama terkenal ‘Tealive’ kerana telah melaksanakan kempen cintai alam sekitar dengan menggunakan produk biodegradable ‘Paper Straw’ untuk kegunaan pengguna di premis-premis Tealive terutamanya di Lembah Klang dan Selangor.

Jangan terkejut kerana jika anda ke premis tealive untuk membeli minuman mereka yang lazat itu anda tidak lagi dibekalkan dengan straw plastik berwarna ungu mereka.

Sebaliknya anda akan dibekalkan dengan straw berwarna putih yang diperbuat daripada kertas biodegradable atau sebutan mudahnya adalah ‘Paper Straw’.

Baca Lanjut

BEKERJA SENDIRI BOLEH CARUM PERKESO MULAI ESOK

KUALA LUMPUR: SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (SKSPS) DIPERLUASKAN KEPADA 19 SEKTOR TIDAK FORMAL LAIN DI SELURUH NEGARA, BERKUAT KUASA ESOK.

Inisiatif itu dijangka memanfaatkan kira-kira 2.8 juta orang bekerja sendiri (OBS) yang mempunyai taraf warganegara atau pemastautin tetap Malaysia tanpa mengira had umur, sekali gus membolehkan mereka mendaftar dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Langkah memperluaskan skim itu dilaksana susulan Perintah Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Pindaan Jadual Pertama) 2019 dalam warta Kerajaan Persekutuan, PU (A) 374/2019.

Baca Lanjut

TAHNIAH PASUKAN PERAK THE BOS GAURUS!

“Kemarau 18 Tahun Berakhir”

SHAH ALAM: Perak menamatkan penantian 18 tahun menjulang Piala Malaysia dan menambah gelaran kelapan apabila menewaskan Terengganu (TFC) 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3 pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam tadi. Baca Lanjut