SURAT YANG COMEL DIBALAS KP KESIHATAN

KISAH KEHIDUPAN – SURAT YANG COMEL DIBALAS KP KESIHATAN

Tular di media sosial di mana gambar sekeping surat yang dihantar kepada Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Yang Berbahagia Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah oleh seorang murid bernama Lara Khadijah McAfee berumur 10 tahun dari Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu.

Di dalam surat tersebut, murid tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah di atas usaha yang dilakukan bagi menjaga kesihatan rakyat Malaysia dan membantu di dalam mengekang penularan Wabak Covid-19 di negara ini.

Baca Lanjut

BANTUAN KHAS KEWANGAN (PRIHATIN 2020): RM500 UNTUK PENJAWAT AWAM DAN PESARA

BANTUAN KHAS KEWANGAN (PRIHATIN 2020): RM500 UNTUK PENJAWAT AWAM DAN PESARA

Kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk dengan pekerja kontrak serta pesara perkhidmatan awam yang memilih skim pencen akan menerima Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 secara tunai sebanyak RM500 ‘one-off’ sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Pemberian Bantuan Khas Kewangan ini adalah sebagai tanda kerajaan menghargai sumbangan perkhidmatan yang telah diberikan oleh golongan ini kepada rakyat selain membuktikan bahawa kerajaan komited dalam menjaga kebajikan semua penjawat awam yang terus setia menjalankan amanah kepada negara.

Baca Lanjut

COVID-19: ‘SAYA CUMA BERTEMANKAN AL-QURAN DI HOSPITAL’

COVID-19: ‘SAYA CUMA BERTEMANKAN AL-QURAN DI HOSPITAL’

KOTA BHARU: “Lapan hari bersendirian di hospital, hanya al-Quran menjadi peneman setia.”

Remaja yatim piatu, Mohd Alham Salleh, 13, tenang berkongsi pengalaman dimasukkan ke wad isolasi Hospital Tumpat dekat sini, selama lapan hari kerana disyaki COVID-19 selepas mengalami batuk sebelum dibenarkan pulang Isnin lalu.

Mohd Alham yang berasal dari Tak Bai di selatan Thailand dan belajar di sebuah madrasah di Kampung Tapang di sini berkata, masa terluang sepanjang berada di wad dihabiskan dengan mengaji al-Quran yang dibekalkan hospital.

Baca Lanjut

COVID-19: TIGA DAERAH DI PERAK DIISYTIHARKAN SEBAGAI ZON HIJAU

Gambar – Google

COVID-19: TIGA DAERAH DI PERAK DIISYTIHARKAN SEBAGAI ZON HIJAU

IPOH, 16 April – Tiga daerah di Perak, iaitu Kuala Kangsar, Muallim dan Kampar telah diisytiharkan sebagai zon hijau atau kawasan yang tidak mempunyai kes sifar COVID-19 kerana tidak ada kes baru yang dilaporkan dalam 14 hari terakhir.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bagaimanapun, itu tidak bermaksud bahawa penduduk di ketiga-tiga daerah itu bebas keluar.

“Ini berita baik. Oleh itu, kami menjangkakan daerah-daerah ini akan kekal sebagai zon hijau dan status ini akan meluas (meluas) ke daerah-daerah lain di seluruh negeri. Kami mahu Perak bebas dari COVID-19 dan akhirnya seluruh negara, ”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baca Lanjut