PERMOHONAN BERGERAK DARI KAMPUNG MULAI 25 APRIL

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob | Gambar – BH Online

INFO – PERMOHONAN BERGERAK DARI KAMPUNG MULAI 25 APRIL

KUALA LUMPUR: Rakyat yang berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis bermula 25 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata permohonan itu boleh dibuat melalui dalam talian atau di balai polis berhampiran.

Bagaimanapun, kebenaran untuk membenarkan mereka pulang masih di peringkat kajian dengan nasihat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Baca Lanjut

COVID-19: PUSAT TRANSIT GELANDANGAN DI BANDAR RAYA IPOH

COVID-19: PUSAT TRANSIT GELANDANGAN DI BANDAR RAYA IPOH

IPOH, 19 April — Kerajaan negeri Perak membuka Pusat Transit Gelandangan kedua di Perak iaitu di Arena Badminton Perak di sini, sebagai langkah untuk memberi perlindungan kepada golongan kurang bernasib baik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Exco Kebajikan Masyarakat, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin, berkata langkah mewujudkan pusat itu yang mempunyai kapasiti 77 penghuni dengan menggunakan konsep kubikel dan boleh boleh ditambah dari semasa ke semasa juga adalah bagi mengelak golongan itu menjadi kluster terbaharu wabak COVID-19.

Beliau berkata 49 gelandangan terdiri daripada 46 lelaki serta tiga wanita berusia antara 21 dan 78 tahun sekitar Ipoh dibawa ke pusat itu sejak petang semalam dan setiap seorang diberikan satu kubikel, manakala yang berkeluarga disediakan satu kubikel untuk dua orang. 

Baca Lanjut

KENALI LATAR BELAKANG MUHYIDDIN YASSIN, PERDANA MENTERI MALAYSIA

INFO – KENALI LATAR BELAKANG MUHYIDDIN YASSIN, PERDANA MENTERI MALAYSIA

Sejarah Ringkas

Tan Sri Muhyiddin Yassin, 73 tahun, ialah Ahli Parlimen P143 Pagoh sejak 1978 hingga 1986 dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan serta Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri dalam tempoh tersebut.

Kemudiannya beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor daripada tahun 1986 hingga 1995 sebaik dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang.

Baca Lanjut

PERAK TERUSKAN E-BAZAR MELALUI S.M.A.R.T IFTAR@PERAK JALIN KERJASAMA DENGAN GRABFOOD, FOODPANDA

TERKINI – PERAK TERUSKAN E-BAZAR MELALUI S.M.A.R.T IFTAR@PERAK JALIN KERJASAMA DENGAN GRABFOOD, FOODPANDA

IPOH- Kerajaan negeri meneruskan konsep jual beli secara e-bazar dengan mempertimbangkan kaedah alternatif sepanjang bulan Ramadhan selaras dengan aspek pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Terdahulu, Perak telah mengambil keputusan untuk melaksanakan bazar ramdahan secara drive thru iaitu dipanggil S.M.A.R.T Iftar@Perak.

Bagaimanpun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memutuskan cadangan operasi e-bazar Ramadan menerusi kaedah pandu lalu dan ‘pick-up’ adalah tidak dibenarkan.

Baca Lanjut