
INFO: SEMAKAN BANTUAN RM500 UNTUK B40 & PENERIMA BPR MULAI JUN 2021
Dalam pengumuman PEMERKASA sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa golongan B40 akan menerima bantuan tunai sekali beri sebanyak RM500 sementara penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapatan RM1,000 ke bawah akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM500 mulai Jun ini.
Beliau juga memaklumkan bahawa bantuan melibatkan peruntukan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima itu adalah antara inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi membantu golongan kehilangan pendapatan.
Pelaksanaan Pakej Pemerkasa ini membabitkan peruntukan sebanyak RM20 bilion dengan suntikan fiskal baharu kerajaan adalah berjumlah RM11 bilion.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI