INFO: CARA MEMOHON BANTUAN JKM WARGA EMAS RM500 SEBULAN

Kerajaan tidak pernah sesekali menyisihkan warga emas sebaliknya tetap dan terus menyediakan pelbagai bantuan kepada warga emas seperti kemudahan rumah kebajikan orang tua dan juga wang ringgit.

Oleh sebab itu kerajaan telah memperkenalkan skim Bantuan Orang Tua (BOT) untuk membantu warga emas dimana mereka akan menerima bantuan RM500 setiap bulan.Bantuan Orang Tua oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

Bantuan Orang Tua (BOT) adalah merupakan bantuan wang ringgit sebanyak RM500 sebulan yang diberikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan dalam masyarakat.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Permohonan Rumah Mampu Milik Kini Dibuka Kepada Golongan B40 (2021)

Pihak JKM akan membuat semakan terlebih dahulu sebelum meluluskan permohonan daripada pemohon untuk memastikan hanya yang layak dan memerlukan sahaja yang menerima bantuan ini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN 500 SEBULAN

Antara syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini adalah:

  • Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
  • Pemohon sudah berumur 60 tahun ke atas
  • Pemohon sudah tiada sumber pendapatan untuk menyara hidupnya
  • Tiada ahli keluarga atau mempunyai ahli keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Tidak tinggal di mana-mana institusi yang diseliakan oleh JKM
  • Tidak tinggal di pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma

CARA MEMOHON BANTUAN BULANAN WARGA EMAS

Ada 2 cara untuk anda memohon bantuan ini iaitu secara online dan terus ke pejabat JKM.
Berikut adalah cara memohon bantuan warga emas RM350sebulan secara online melalui portal eBantuan JKM:

Permohonan Online Bantuan Orang Tua ( BOT )

Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) :

  • Klik DAFTAR PERMOHONAN ATAS TALIAN.
  • Klik DAFTAR PERMOHONAN
  • Pilih NEGERI pemohon.
  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN pemohon.
  • Klik DAFTAR.7. Isikan MAKLUMAT PENDAPATAN seperti yang diminta.
  • Isikan MAKLUMAT KEPERLUAN BULANAN.
  • Klik KEPUTUSAN.

Permohonan anda sudah berjaya dihantar secara online tapi prosesnya masih belum siap.

Anda dikehendaki hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang mohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas online. Sekiranya anda gagal ke pejabat JKM, sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Dan sila bawa bersama dokumen berikut semasa ke pejabat JKM:

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA

Anda boleh melakukan semakan status permohonan anda tadi secara online sahaja.

  • Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini: eBantuan JKM
  • Klik SEMAKAN STATUS PERMOHONAN ONLINE.
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  • Ikut langkah seperti di paparan untuk melihat keputusan.
  • Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai permohonan jawatan kosong, anda terus boleh menghubungi pihak JKM di talian 03 – 8000 8000 atau emel di helpdesk.ebantuan@jkm.gov.my 

Sumber: InfoBijak.com

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD.