LELAKI YANG BAWA MASUK MCDONALD’S KE MALAYSIA, SEKARANG SUDAH SUPER KAYA

ARTIKEL: LELAKI YANG BAWA MASUK MCDONALD’S KE MALAYSIA, SEKARANG SUDAH SUPER KAYA

Percayakah anda seorang yang bekerja sebagai kerani ketika berusia 17 tahun, akhirnya berjaya menjadi seorang bilionair? Jika tidak, marilah luangkan sedikit masa untuk membaca kisah Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan Chee Yioun.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu, pemilik kepada syarikat terkemuka negara iaitu Bejaya Group pada mulanya seorang kerani di sebuah bank. Anak kepada seorang pemandu lori ini menamatkan pengajian hanya di tingkatan lima. Sewaktu bekerja di bank tersebut, Tan Sri Vincent turut kerja part time menjadi ejen insurans.

Berkat usahanya, dalam masa empat tahun sahaja, beliau telah berjaya dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Jualan Kanan. Hebat bukan? Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab membawa jenama makanan segera terkenal iaitu McDonald’s ke negara ini.

Baca Lanjut

SPUR PUNB: SKIM PEMBIAYAAN USAHAWAN TERKESAN COVID-19

INFO: SPUR PUNB – SKIM PEMBIAYAAN USAHAWAN TERKESAN COVID-19

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memperkenalkan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 (SPUR) bagi membantu individu bumiputera yang kehilangan pekerjaan berikutan penularan pandemik Covid-19.

Penerima inisiatif ini diberikan penangguhan pembayaran selama enam bulan secara automatik dari tarikh pengeluaran dana. Selain itu, pembiayaan SPUR ini juga boleh digunakan untuk modal kerja dan pembelian peralatan serta mesin bagi operasi perniagaan masing-masing.

Berikut dikongsikan maklumat penuh tentang SPUR PUNB:

Baca Lanjut

GKP PERMAI: KEMASKINI STATUS GAGAL KREDIT & TARIKH BAYARAN

INFO: GKP PERMAI – KEMASKINI STATUS GAGAL KREDIT & TARIKH BAYARAN

Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang masih belum menerima bayaran GKP Tambahan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) boleh membuat semakan dan kemaskini akaun bagi yang berstatus gagal kredit.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan berkata, semakan boleh dibuat melalui Portal GKP di pautan https://gkp.hasil.gov.my.

Dalam kenyataan itu, penerima GKP yang berstatus gagal kredit pula mereka perlu mengemas kini maklumat akaun bank dengan segera bagi membolehkan urusan pembayaran semula dilakukan. Berikut dikongsikan info sepenuhnya.

Baca Lanjut

BAYARAN FASA 2 BPR BERMULA JUMAAT INI

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

INFO: BAYARAN FASA 2 BPR BERMULA JUMAAT INI

KUALA LUMPUR: Pembayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan bermula Jumaat ini (7 Mei), kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pembayaran membabitkan peruntukan RM2.75 bilion itu akan dibuat secara berperingkat bagi membantu kelangsungan hidup rakyat, terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

Tengku Zafrul berkata, Fasa 2 BPR akan memberi manfaat kepada 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas dan 3.8 juta individu bujang.

Baca Lanjut