KENYATAAN MEDIA PUBI PERAK

KENYATAAN MEDIA PUBI PERAK BERKAITAN PELANTIKAN YB MENTERI BESAR NEGERI PERAK

 

  1. PUBI Perak menyokong penuh pelantikan Yang Berhormat Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu sebagai Menteri Besar Negeri Perak yang baharu oleh DYMM Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
  2. Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan YB wajar meneruskan dasar-dasar kerajaan sebelum ini terutamanya berkaitan dengan pembangunan keusahawanan bumiputera, penyediaan infrastruktur dan fasiliti untuk memastikan usahawan di Negeri Perak untuk terus maju serta berdaya saing.
  3. Kerajaan di bawah Pimpinan YB Menteri Besar juga wajar meneruskan program-program untuk membantu usahawan kecil mahupun besar dari segi modal termasuk pinjaman, pemberian geran dan sebagainya serta menjaga kepentingan usahawan bumiputera di Negeri Perak.
  4. PUBI Perak juga berharap pimpinan YB Menteri Besar memberi perhatian sepenuhnya termasuk membantu serta mengiktiraf NGO-NGO yang bergerak seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri memajukan Negeri Perak.
  5. PUBI Perak juga mengambil kesempatan untuk memgucapkan terima kasih kepada Mantan Menteri Besar YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir kerana telah memberi ruang dan peluang kepada PUBI Perak selama YAB Dato’ Seri berkhidmat sebagai Menteri Besar di Negeri Perak.

 

Sekian,

Sharul Baha Bin Abd Rahman

Pengerusi PUBI Perak

11/05/2018

KENYATAAN MEDIA PUBI PERAK

KENYATAAN MEDIA PUBI PERAK BERKAITAN PELANTIKAN YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7

 

  1. PUBI Perak menyokong penuh pelantikan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia ke-7.
  2. Kerajaan baru yang ditubuhkan wajar meneruskan dasar-dasar kerajaan sebelum ini terutamanya berkaitan dengan pembangunan keusahawanan bumiputera, penyediaan infrastruktur dan fasiliti yang lebih baik kepada usahawan untuk terus maju.
  3. Kerajaan di bawah Pimpinan YAB Perdana Menteri juga wajar meneruskan program-program untuk membantu usahawan kecil mahupun besar dari segi modal termasuk pinjaman, pemberian geran dan sebagainya.
  4. PUBI Perak sangat berharapan kepentingan usahawan bumiputera dijaga, terpelihara dan terbela di bawah kerajaan persekutuan yang baru dibentuk ini.
  5. PUBI Perak juga berharap pimpinan YAB Perdana Menteri memberi perhatian sepenuhnya termasuk membantu serta mengiktiraf NGO-NGO yang bergerak seiring dengan hasrat Kerajaan Pesekutuan bagi membina semula Negara Malaysia kearah yang lebih baik.

 

Sekian,

Sharul Baha Bin Abd Rahman

Pengerusi PUBI Perak

11/05/2018

FB PUBI PERAK KINI MENCECAH 8,000 LIKES

BERKAT USAHA GIGIH DAN SOKONGAN PADU

Hari ini dalam sejarah, FB Page Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah mempunyai lebih 8,000 likes dan followers. Terima kasih di atas sokongan dan perhatian anda semua.

Bermula dari 0 likes kira-kira 2 tahun yang lalu kini sudah berada pada tahap yang boleh dibanggakan. Tahniah kepada AJK PUBI Perak yang berusaha gigih untuk mempromosi FB Page ini kepada semua warga Netizen khususnya di Bandaya Ipoh.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mengorak langkah dengan lebih bergaya pada masa hadapan

Insyallah.

PROGRAM TERKINI PUBI PERAK

Program Terkini PUBI Perak!

Untuk makluman semua PUBI Perak akan menganjurkan 2 program dalam masa terdekat ini iaitu pada hari sabtu dan ahad ini iaitu masing-masing pada 21hb April 2018 dan 22hb April 2018.

Program tersebut adalah Bengkel Kecantikan dan Penyelesaian Masalah Kulit yang akan berlangsung pada 21hb April manakala satu lagi program adalah Bengkel Keusahawanan; “Buat Duit Dengan Bisnes Online” yang akan dijadualkan berlangsung pada hari berikutnya iaitu 22hb April 2018. Baca Lanjut