Program Terkini PUBI Perak!
Untuk makluman semua PUBI Perak akan menganjurkan 2 program dalam masa terdekat ini iaitu pada hari sabtu dan ahad ini iaitu masing-masing pada 21hb April 2018 dan 22hb April 2018.
Program tersebut adalah Bengkel Kecantikan dan Penyelesaian Masalah Kulit yang akan berlangsung pada 21hb April manakala satu lagi program adalah Bengkel Keusahawanan; “Buat Duit Dengan Bisnes Online” yang akan dijadualkan berlangsung pada hari berikutnya iaitu 22hb April 2018.
Maklumat program adalah seperti berikut dan kepada sesiapa yang berminat pendaftaran masih lagi dibuka. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
Bengkel Kecantikan dan Penyelesaian Masalah Kulit
INGIN TAMPIL YAKIN DENGAN KULIT YANG LEBIH CANTIK DAN SIHAT?
Ilmu yang jarang dikongsikan di dalam mana-mana bengkel kecantikan buat mereka yang ada masalah kulit seperti Jerawat, Jeragat, Kulit Kusam dan Kulit Kasar. Bengkel ini juga sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang sihat serta mementing kecantikan dan kesihatan. Mereka yang terlibat dalam bidang kecantikan dan kesihatan juga digalakkan untuk menyertai bengkel ini dan tidak ketinggalan golongan profesional dan eksekutif yang mementingkan penampilan.
BENGKEL KECANTIKAN DAN PENYELESAIAN KEPADA MASALAH KULIT ANDA!
❤ Ilmu dan teknik yang betul untuk menjadikan kulit anda Cantik, Sihat dan berseri
❤ Ilmu dan teknik pemilihan produk organik yang tepat untuk kulit bermasalah..
❤ Ilmu dan Teknik yang semulajadi untuk kekal Cantik dan Sihat
❤ Dikendalikan oleh Make-Up Artis Nur Syiqah Aghnia dan Perunding Kesihatan profesional dan yang berpengalaman.
TARIKH: 21 APRIL 2018 (SABTU)
MASA: 10 PAGI – 4 PETANG
TEMPAT: Artistry Beauty Academy
18A, Laluan Gunung Rapat 3, Gunung Rapat
Ipoh, Perak (Lokasi akan dihantar kemudian)
RM120 utk 3 peserta – Early Bird (sebelum 14 April)
RM60 utk 1 peserta – Early Bird (sebelum 14 April)
RM180 utk 3 peserta – Normal (selepas 14 April)
RM80 utk 1 peserta – Normal (selepas 14 April)
Bengkel Keusahawanan “Buat Duit Dengan Bisnes Online”
Jom kita Tukar Masa yang kita habiskan di internet dan media sosial kepada duit.
Kalau ada ilmu dan teknik yang betul, InsyaAllah ianya sangat mudah. Dalam Bengkel ini kami akan kongsikan, teknik copywriting dan bagaimana hendak memilih produk dan perkhidmatan yang betul untuk dipasarkan di internet. Kami juga akan mengajar teknik promosi yang berkesan secara online, asas dalam pemasaran dan juga ilmu-ilmu asas keusahawanan.
KELEBIHAN BENGKEL INI!
✅ Dijalankan dalam format bengkel dengan sesi Praktikal dalam kelas.
✅ Fasilitator yang berpengalaman luas – Tuan Nor Nor Adzman Nali merupakan Coach, Trainer dan Perunding pemasaran Facebook dan online sejak tahun 2013 lagi. Antara pelanggan yang pernah dan sedang menggunakan khidmat beliau ialah USAS, Institut Teknologi Perak, Open University Perak, Kolej Swasta, Suara Perak, JPW Kuala Lumpur, MARA, usahawan-usahawan SME Corp dan pemilik-pemilik perniagaan.
✅ Modul / Nota disediakan.
✅ Yuran amat berpatutan.
✅ Usahawan & Bakal Usahawan
✅ Owner Produk / Pemilik Bisnes
✅ Pegawai Pemasaran / Eksekutif Jualan
✅ Ejen Produk / Dropshiper
Penting! PESERTA WAJIB
✌ Ada Akaun Facebook
✌ Bawa Laptop sendiri
✌ Tahu asas penggunaan Internet
Pendaftaran masih lagi dibuka!
Click Untuk MendaftarTarikh: 22hb APRIL 2018 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat:
No 33 A, Laluan Meru Perdana 11, Taman Meru Perdana 2.
👉 Bengkel ini adalah Anjuran Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak
👉 Siapa cepat dia dapat
YURAN:-
EARLY BIRD
Bayar SEBELUM 16 APRIL
RM50 (AHLI PUBI Perak)
RM100 (BUKAN AHLI PUBI Perak)
BIASA
Bayar SELEPAS 16 APRIL
RM100 (AHLI PUBI Perak)
RM150 (BUKAN AHLI PUBI Perak)
* Yuran biasa untuk bengkel seperti ini ialah RM200 – RM400 seorang
Semoga program anjuran PUBI Perak ini memberi manfaat kepada anda semua..
Insyallah..
KOMEN TERKINI