MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PUBI PERAK & KOPUBI PERAK BHD

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PUBI PERAK & KOPUBI PERAK BHD TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA!

Alhamdulillah, pada 23hb Jun 2019 yang lalu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) dengan kerjasama Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI Perak Bhd) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidifitri PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd serta Sambutan Ulangtahun Ke-3 PUBI Perak.

Baca Lanjut

AKAN BERLANGSUNG MAJLIS IFTAR DAN PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA PUBI PERAK

BERSEMPENA DENGAN BULAN RAMADHAN YANG SANGAT MULIA INI PUBI PERAK MENERUSI PROGRAM TUNAS HARAPAN 2019 AKAN MEMBANTU SEBUAH PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN DI KAMPUNG MANJOI, IPOH PERAK.

Seperti tahun lepas, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak paling aktif di Bandaraya Ipoh sekali lagi menganjurkan sebuah program amal bagi meraikan anak-anak yatim dan miskin serta menyumbangkan sumbangan hari raya aidil fitri berupa wang tunai kepada pusat kebajikan ini serta menyerahkan duit raya kepada hampir 30 orang anak-anak yatim dan miskin yang menetap di rumah kebajikan ini.

Baca Lanjut

SERAHAN BANTUAN KECEMASAN ‘KASIH’ PUBI PERAK

DALAM USAHA MEMBANGUNKAN USAHAWAN DAN BAKAL USAHAWAN, PUBI PERAK TURUT MEMBANTU AHLI PERSATUAN YANG DI DALAM KESUSAHAN.

Pada 13hb April 2019 yang lalu, PUBI Perak dibawah JK Kebajikan & Kerohanian telah menyampaikan sumbangan hasil kutipan derma dari ahli dan orang ramai melalui Persatuan kepada En. Zulkepli Bin Mohamad di Kampung Lata Papan, Kuak Lenggong, Perak.

Baca Lanjut