MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PUBI PERAK & KOPUBI PERAK BHD TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA!

Alhamdulillah, pada 23hb Jun 2019 yang lalu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) dengan kerjasama Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI Perak Bhd) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidifitri PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd serta Sambutan Ulangtahun Ke-3 PUBI Perak.

Syukur kepadaNya kerana majls ini telah selesai dengan jayanya dan telah berlangsung di PY Hub Kinta Riverwalk, Riverfront Ipoh Perak (Dulu dikenali sebagai H.O.S | Home of Silveryouth, Taman Dr. berhadapan Kinta Riverwalk Ipoh Perak.

Tetamu kehormat Majlis ini adalah Penaung PUBI Perak iaitu YB Hasnul Zulkarnain Abd Munaim selaku Exco Multimedia, Komunikasi & NGO Kerajaan Negeri Perak dan YB Dr. Lee Boon Chye selaku Ahli Parlimen Gopeng merangkap Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.


Video Majlis Sambutan Hari Raya Aidifitri PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd serta Sambutan Ulangtahun Ke-3 PUBI Perak

Alhamdulillah hampir 200 orang yang terdiri daripada Ahli Berdaftar PUBI Perak, Anggota KOPUBI Perak Bhd, Peniaga-peniaga Pasar Malam dan Bazaar Ramadhan PUBI Perak telah hadir ke majlis ini bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang tadi.

Turut hadir adalah rakan-rakan strategik PUBI Perak yang terdiri daripada Agensi Kerajaan mahupun swasta. Syukur majlis telah berlangsung dengan jayanya serta meriah sekali.

Semoga ukhwah yang terjalin akan mempereratkan lagi hubungan sesama kita serta akan memantapkan agenda Keusahawanan di Negeri Perak ini.

Insyallah.. 😊