BANTUAN ONE OFF PENJAJA DAN PENIAGA KECIL (RM300) MAJLIS BANDARAYA IPOH

INFO: BANTUAN ONE OFF PENJAJA DAN PENIAGA KECIL (RM300) MAJLIS BANDARAYA IPOH

Pada 2 Jun 2021, yang lalu Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak telah meluluskan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 bagi menghadapi impak pendamik Covid 19.

Antara inisiatif di bawah pakej ini adalah Bantuan One-Off untuk penjaja dan peniaga kecil yg berlesen dengan semua PBT Perak termasuk Majlis Bandaraya Ipoh dengan bantuan berjumlah RM 300 bagi setiap pemegang lesen.

Pemberian bantuan khas ini bertujuan untuk meringankan bebanan para penjaja dan peniaga kecil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid-19.

Baca Lanjut

PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU) 4.0 PEMULIH RM600

INFO: PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU) 4.0 PEMULIH RM600

Menerusi Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan lagi Program Subsidi Upah (PSU) yang telah dilaksanakan sebelum ini dengan melaksanakan PSU 4.0.

Sebelum ini, pihak kerajaan telah melaksanakan 3 siri Program Subsidi Upah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM15 bilion dan melibatkan 2.7 juta pekerja. Bagi PSU 4.0 ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3.8 bilion yang dijangka mensasarkan 242,000 majikan dan memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja.

PSU 4.0 dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh empat bulan bermula 1 Ogos 2021.

Baca Lanjut

GKP 4.0 : PERMOHONAN RM1,000 UNTUK PKS MULAI JULAI

INFO: GKP 4.0 – PERMOHONAN RM1,000 UNTUK PKS MULAI JULAI

Melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) dengan bayaran RM1,000 kepada 1 juta usahawan.

“Memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) mikro pada masa ini, sukacita saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0.”

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Geran Khas Prihatin 4.0 untuk makluman bersama.

Baca Lanjut

PERMOHONAN MORATORIUM PEMULIH: PENANGGUHAN BAYARAN BALIK 6 BULAN

INFO: PERMOHONAN MORATORIUM PEMULIH – PENANGGUHAN BAYARAN BALIK 6 BULAN

Salah satu insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) ialah pemberian moratorium automatik tanpa syarat selama 6 bulan.

Untuk makluman, pemberikan moratorium automatik tanpa syarat pinjaman bank ini diberikan membantu mereka yang terjejas akibat penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ini akibat pelbagai rintihan diadukan daripada golongan M40 dan T20 yang turut mengalami peningkatan tanggungan kerana mereka juga turut membantu ahli keluarga atau saudara mara yang terjejas akibat COVID-19.

Baca Lanjut