INFO: GKP 4.0 – PERMOHONAN RM1,000 UNTUK PKS MULAI JULAI

Melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) dengan bayaran RM1,000 kepada 1 juta usahawan.

“Memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) mikro pada masa ini, sukacita saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0.”

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Geran Khas Prihatin 4.0 untuk makluman bersama.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Permohonan Moratorium PEMULIH – Penangguhan Bayaran Balik 6 Bulan

APAKAH GKP 4.0 ?

GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

GKP 1.0 dan GKP 2.0 telah diperkenalkan sejak COVID19 melanda negara tahun lalu. GKP Tambahan dan GKP PERMAI juga telah diumumkan sebagai inisiatif membantu lebih ramai usahawan yang terjejas akibat pandemik.

GKP 3.0 telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Perutusan Khas PEMERKASA pada 17 Mac 2021, manakala GKP 4.0 diumumkan melalui Perutusan Khas PEMULIH pada 28 Jun 2021. Pakej PEMULIH ini merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

JUMLAH & TARIKH BAYARAN GKP 4.0

Bayaran ini dibuat secara ansuran sebanyak dua kali pada bulan September (RM500) dan November (RM500).

gkp 4.0

TARIKH PERMOHONAN BAHARU

Kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran akan mula dibuka pada pertengahan Julai nanti.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bagi memohon GKP 4.0 masih belum diumumkan oleh LHDN secara rasmi.

Namun, antara kelayakan umum Geran Khas Prihatin sebelum ini adalah seperti berikut:

  1. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    • i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    • ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  4. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
    • i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    • ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  5. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat terkini, pemohon atau penerima yang layak boleh melayari laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD