AWAS! KETAHUI LANGKAH PENCEGAHAN INFLUENZA A

INFO – KETAHUI LANGKAH PENCEGAHAN INFLUENZA A

Baru-baru ini tular di media sosial dan media massa tentang kebimbangan ramai orang berkaitan penularan wabak Influenza A di Malaysia. Ada juga penularan berita tidak benar dengan mengatakan bahawa virus tersebut sama dengan kes pneumonia misteri di Wuhan, China.

Untuk pengetahuan anda, influenza merupakan selsema dimana adalah jangkitan virus yang mudah berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin. Virus influenza ini kerap bermutasi untuk mengadaptasi keadaan persekitaran, ubat dan antibodi badan.

Akan tetapi, wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya akan menyebabkan demam selsema ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi dan berpotensi lalu boleh menyebabkan kematian.

Baca Lanjut

PEMILIK BENGKEL INI BERMURAH HATI BERI MINYAK ENJIN PERCUMA KEPADA KERETA JENAZAH – ALLAHUAKBAR

DENGAN NIAT MAHU MENYUMBANG KEPADA MASYARAKAT, SEBUAH BENGKEL KENDERAAN BUMIPUTERA TAMPIL DENGAN KHIDMAT SERVIS PERCUMA BAGI KENDERAAN JENAZAH MASJID.

Ketua Pegawai Eksekutif Is Tayar Maju Sdn Bhd, Ismail Ahmad berkata, idea tersebut tercetus selepas sambutan menggalakkan kempen beli barangan Muslim (BMF) yang tercetus sebelum ini.

Menurutnya, hasil kempen tersebut telah memberikan kesan positif kepada perniagaannya yang mendapat sokongan khususnya dalam kalangan masyarakat Islam.

Jadi inilah sumbangan saya kepada masyarakat khususnya umat Islam. Kita berikan servis kenderaan, tukar minyak hitam dan minyak hitam percuma kepada kenderaan jenazah milik masjid-masjid yang berdekatan dengan bengkel-bengkel kami. kita tak kisah daripada mana asalkan kenderaan jenazah itu milik masjid. Program ini tiada had masa dan kita teruskan sampai bila-bila,” 

Ismail Ahmad
Ketua Pegawai Eksekutif Is Tayar Maju Sdn Bhd
Baca Lanjut

PENCUCI PINGGAN JADI TOKEY SABUN

KEJAYAAN PENGELUAR PRODUK SABUN CECAIR BERJENAMA DO’ZEE, SR ASIA ROSOURCES SDN BHD (SR ASIA) ADALAH LUAR BIASA KERANA PEMILIKNYA, DATUK MOHD SYUKRI IBHRIM TIDAK MEMPUNYAI PENDIDIKAN YANG TINGGI DAN DATANG DARI KELUARGA YANG KURANG BERADA.

Anak kelahiran Kedah ini berkata, apa yang dimiliki kini bukanlah diperoleh dalam tempoh singkat dan pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi.

Beliau bersyukur kerana persoalan mengenai sabun yang bermain di benaknya ketika mencuci pinggan beberapa tahun lalu membawanya terlibat dalam perniagaan.

“Terdetik dalam hati saya bagaimana sabun dihasilkan dan ia menjadi produk penting dalam kehidupan seharian. Sabun sentiasa digunakan dan wajib ada dalam setiap rumah dan dalam pelbagai industri.

“Bermula dari detik itu, saya berazam mahu berniaga sabun. Alhamdulillah, inspirasi daripada melihat sabun ketika mencuci pinggan telah membuka jalan untuk menghasilkan sabun walaupun tanpa sebarang kemahiran yang asas mengenai pembuatan sabun,” katanya.

Kini, dengan ketekunan dan usaha sabun Do’zee yang dijenamakan semula daripada Top5 menjadi pilihan utama isi rumah dan industri Malahan, SR Asia juga menjadi peneraju utama dalam segmen pencuci dan bahan pencuci di negara ini di mana Mohd Syukri bersama kakitangannya yang menjadi tulang belakang kejayaan syarikat.

Baca Lanjut

TEALIVE SAHUT CABARAN SELAMATKAN BUMI

TAHUKAH ANDA BAHAWA TEALIVE ADALAH DI ANTARA SYARIKAT F&B TERAWAL DI MALAYSIA YANG MENYAHUT CABARAN ‘SELAMATKAN BUMI’ DENGAN MELAKSANAKAN KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR DALAM DIAM.

Setinggi-tinggi tahniah kepada jenama terkenal ‘Tealive’ kerana telah melaksanakan kempen cintai alam sekitar dengan menggunakan produk biodegradable ‘Paper Straw’ untuk kegunaan pengguna di premis-premis Tealive terutamanya di Lembah Klang dan Selangor.

Jangan terkejut kerana jika anda ke premis tealive untuk membeli minuman mereka yang lazat itu anda tidak lagi dibekalkan dengan straw plastik berwarna ungu mereka.

Sebaliknya anda akan dibekalkan dengan straw berwarna putih yang diperbuat daripada kertas biodegradable atau sebutan mudahnya adalah ‘Paper Straw’.

Baca Lanjut