KEJAYAAN PENGELUAR PRODUK SABUN CECAIR BERJENAMA DO’ZEE, SR ASIA ROSOURCES SDN BHD (SR ASIA) ADALAH LUAR BIASA KERANA PEMILIKNYA, DATUK MOHD SYUKRI IBHRIM TIDAK MEMPUNYAI PENDIDIKAN YANG TINGGI DAN DATANG DARI KELUARGA YANG KURANG BERADA.
Anak kelahiran Kedah ini berkata, apa yang dimiliki kini bukanlah diperoleh dalam tempoh singkat dan pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi.
Beliau bersyukur kerana persoalan mengenai sabun yang bermain di benaknya ketika mencuci pinggan beberapa tahun lalu membawanya terlibat dalam perniagaan.
“Terdetik dalam hati saya bagaimana sabun dihasilkan dan ia menjadi produk penting dalam kehidupan seharian. Sabun sentiasa digunakan dan wajib ada dalam setiap rumah dan dalam pelbagai industri.
“Bermula dari detik itu, saya berazam mahu berniaga sabun. Alhamdulillah, inspirasi daripada melihat sabun ketika mencuci pinggan telah membuka jalan untuk menghasilkan sabun walaupun tanpa sebarang kemahiran yang asas mengenai pembuatan sabun,” katanya.
Kini, dengan ketekunan dan usaha sabun Do’zee yang dijenamakan semula daripada Top5 menjadi pilihan utama isi rumah dan industri Malahan, SR Asia juga menjadi peneraju utama dalam segmen pencuci dan bahan pencuci di negara ini di mana Mohd Syukri bersama kakitangannya yang menjadi tulang belakang kejayaan syarikat.
Menariknya, SR Asia mewujudkan ekosistem rantaian bekalan sabun sekali gus menjadi pemangkin kepada ekonomi kerana melahirkan ramai usahawan sabun.
Kini, SR Asia menawarkan tujuh kategori produk membabitkan 36 jenis selain turut mahu memfokuskan jenama Do’zee ke pasaran Asia Tenggara.
Jom baca kisah 5 usahawanita yang sangat berjaya di Malaysia –>
BERMULA DARI BAWAH KINI MEMILIKI HAMPIR 2,900 ORANG AJEN DI BAWAHNYA..
Siapa sangka pemilik SR Asia Sdn Bhd (SR Asia) yang mengeluarkan produk sabun cecair berjenama Do’zee, Datuk Mohd Syukri Ibhrim atau dikenali ‘Datuk Sabun’ dahulunya hanya merupakan seorang pencuci pinggan dan berasal dari sebuah kampung di Kedah.
Kehidupannya yang serba kekurangan dan sentiasa menjadi tulang belakang kepada keluarganya menyebabkan beliau mahu berhijrah dan mengubah nasib diri.
“Selepas tamat persekolahan, berbekalkan RM20 saya meninggalkan kampung halaman dan menuju ke Kuala Lumpur. Saya mahu memiliki pekerjaan untuk mengubah nasib sendiri serta membantu adik-beradik di kampung.
“Saya mahu bekerja apa sahaja yang halal. Saya mendapat pekerjaan pertama sebagai pencuci pinggan pada 1998 di sebuah kantin di Klang, Selangor,” katanya.
Mohd Syukri optimis jenama Do’Zee bakal menembusi pasaran Asia Tenggara.
Tambahnya, untuk meningkat kemahirannya, Mohd Syukri juga mempelajari pelbagai perkara antaranya menguruskan kantin dan memasak.
“Rutin saya pada setiap hari ialah membasuh pinggan dan dari situlah saya terfikir bagaimana membuat sabun kerana ia mempunyai permintaan tinggi. “Dari situ, saya berazam untuk mempunyai kilang sabun sendiri dan berkat kesabaran, saya kini memiliki kilang sendiri,” katanya ketika ditemui di Puncak Alam, Selangor.
Jom baca Rahsia Jutawan Beras di Negara kita –>
DALAM PERNIAGAAN ‘RUGI’ ITU PERKARA BIASA
Berkat kerajinan dan kesungguhannya bekerja di kantin itu, pada 2008, beliau mendapat peluang membuka kantin.
“Saya membuka kantin tersebut dengan menggunakan wang simpanan sendiri. Saya tidak pernah melupakan cita-cita untuk memiliki kilang sabun sendiri,” katanya.
Mohd Syukri sentiasa turun padang untuk memastikan sabun yang dihasilkan berkualiti. Tanpa menoleh ke belakang, Mohd Syukri, 40 mengambil risiko menceburi perniagaan sabun dengan mempelajarinya bersama seorang kawan dan dalam masa sama menguruskan kantin di sekitar Selangor.
“Saya menggunakan formula yang dipelajari dan lebih lima kali gagal menghasilkan sabun. Sabun yang dihasilkan tidak menepati apa yang saya mahukan namun saya tidak berputus asa. Saya melakukan semula
penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam tempoh setahun.
Alhamdulillah, akhirnya sabun menjadi dan saya edarkannya kepada kawan-kawan dan saudara-mara. Saya menerima pelbagai maklum balas daripada mereka dan saya mengambilnya untuk melakukan penambahbaikan kepada sabun yang dihasilkan,” katanya.
Katanya, ketika menjalankan perniagaan sabun dan syarikat mula beroperasi, tiada siapa yang membeli sabun dan mengalami kerugian RM2 juta.
“Saya mengajak rakan baik turut serta dan bantu dari segi pemasaran dan Alhamdulillah pada 2015 jualan terus meningkat dan kami berpindah ke kilang yang lebih luas di Puncak Alam,” katanya.
Tambahnya, ketika itu, syarikat yang beroperasi dengan 10 mesin utama dan 30 kakitangan itu berjaya mencatatkan jualan sehingga 70,000 botol sebulan.
Malah, jenama sabun yang dikenali sebagai Top 5 mendapat kepercayaan usahawan lain apabila meraih kontrak untuk menjadi pengeluar kepada produk sabun mereka.
Nak tahu Tips-tips kejayaan usahawan muslim –>
MASA UNTUK MELUASKAN EMPAYAR!
Kini, Mohd Syukri mampu menarik nafas lega kerana perniagaannya semakin maju kerana bukan sahaja dalam pasaran Malaysia tetapi sudah berada di Brunei dan Thailand.
“Buat masa ini, SR Asia mempunyai 30 stokis dan 2,900 ejen di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Kami menyasarkan mempunyai 50 stokis dan penambahan 3,000 ejen baharu menjelang akhir tahun 2020,” katanya.
Mohd Syukri berbincang sesuatu mengenai sampel produk sabun cecair yang dihasilkan. Tambahnya, buat masa ini, Do’zee mencatatkan jualan 50,000 unit pelbagai saiz iaitu 4 kilogram (kg), 10 kg, 2 kg dan 25 kg sebulan dengan harga yang berpatutan dan menyasarkan 400,000 unit akan terjual pada 2020.
Ia dipacu oleh dengan adanya kilang baharu dengan nilai pelaburan RM1.5 juta yang akan beroperasi di Puncak Alam, Selangor. Kapasiti pengeluaran sabun dari kilang itu dijangka mampu menghasilkan 50,000 unit sebulan. Kami juga akan meluaskan pasaran Do’zee di Thailand dan Singapura,” katanya.
Beliau berkata, dengan tagline Bersih, Suci, Wangi, beliau berharap jenama Do’zee dimiliki oleh setiap isi rumah di Malaysia.
“Dengan pelbagai pilihan produk bermutu, SR Asiaturut membuka peluang perniagaan kepada mana-mana individu yang berminat untuk menjadi stokis dan ejen. Bermodalkan kira-kira RM11,000, stokis atau ejen akan dilatih sepenuhnya bermula dengan aktiviti pemasaran, jualan dan selepas jualan.
“Kami juga mempunyai sijil halal dan yakin akan membantu melahirkan ramai ejen dan stokis seterusnya mereka akan menjadi usahawan,” katanya.
Kredit : SINAR BUSINESS | https://www.facebook.com/dozeedetergentofficial/
KOMEN TERKINI