KELUAR MAKAN BERSAMA GELANG KUARANTIN, TINDAKAN WANITA INI BUAT NETIZEN RISAU

COVID-19: KELUAR MAKAN BERSAMA GELANG KUARANTIN, TINDAKAN WANITA INI BUAT NETIZEN RISAU

Pada pertengahan bulan lalu Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan individu yang baru pulang dari luar negara perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah.

Mereka ini juga dikehendaki memakai gelang tangan atau wristband selama 14 hari memudahkan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) dan boleh dikompaun RM1,000 dan dihadap ke mahkamah sekiranya memotong gelang terbabit

Bagaimanapun, baru-baru ini tular sekeping gambar di media sosial menunjukkan seorang wanita yang memakai gelang tersebut yang dikatakan telah melanggar arahan untuk kuarantin di rumah itu.

Baca Lanjut

PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 2020

INFO: PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 2020

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah mewujudkan satu inisiatif pembiayaan modal kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal iaitu Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur.

Matlamat utama skim pembiayaan ini ialah untuk memberi dan mewujudkan peluang perniagaan dan menyediakan bantuan modal kepada kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan COVID-19 serta arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelaksanaan skim pembiayaan ini dilakukan oleh TEKUN Nasional selaku agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Baca Lanjut

ELEWSMART ‘DISERBU’ PEMBELI

TERKINI: ELEWSMART ‘DISERBU’ PEMBELI

KUALA LUMPUR: Hari pertama pembukaan pasar raya Elewsmart milik pendakwah terkenal Ebit Lew mendapat sokongan luar biasa dari pembeli.

Berdasarkan perkongsian video di Instagram rasmi Ebit Lew, orang ramai beratur panjang lebih dua kilometer untuk memasuki pasar raya berkenaan yang membuka cawangan pertamanya di Bandar Baru Bangi.

Walaupun cuaca panas, ia tidak menghalang orang ramai beratur untuk melihat sendiri tawaran pasar raya berkenaan yang sebelum ini dilaporkan akan menjual barangan pada harga rendah bagi membantu golongan yang memerlukan.

Baca Lanjut

COVID-19: PERAK DAN LIMA LAGI NEGERI CATAT PERTAMBAHAN KES BAHARU HARI INI

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

COVID-19: PERAK DAN LIMA LAGI NEGERI CATAT PERTAMBAHAN KES BAHARU HARI INI

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan negeri yang mencatatkan pertambahan kes positif Covid-19 setakat 19 Julai 2020, jam 12 tengah hari.

Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan, terdapat enam negeri yang mencatatkan pertambahan kes baharu pada hari ini.

Antara negeri-negeri yang melaporkan pertambahan kes positif Covid-19 baharu pada hari ini ialah Perak, Selangor, W.P Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Sabah.

Baca Lanjut