
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 17hb November 2019 yang lalu, PUBI Perak telah menganjurkan sebuah Program Keusahawanan anjuran JK Pembangunan Wanita PUBI Perak yang diketuai oleh Pn Zuraida Zulkepli iaitu Kelas Membuat Kek Bajet bersama dengan Pengajar yang berpengalaman luas dan bertauliah serta diiktiraf oleh JPK Malaysia (Jabatan Pembangunan Kemahiran) iaitu Sis Lea atau nama sebenar beliau adalah Pn. Jamaliah Md Yatim.
Sis Lea adalah tenaga pengajar yang sangat terlatih dan juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Pembangunan Wanita PUBI Perak dan beliau juga berdaftar dengan Persatuan Chef Perak.
Kelas ini telah dibuka kepada semua Ahli & Bukan Ahli PUBI Perak atau sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas warganegara Malaysia (Wanita diberi keutamaan) dan telah berlangsung di Studio Sis Lea yang beralamat di Jwan Delight, Lot 2259 Jalan Tebing Tinggi, Kampung Tebing Tinggi, 31650 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Studio ini terletak berhampiran dengan Kampung Seri Kinta, Ipoh Perak. Lokasi akan diberikan kepada semua peserta.

Pengerusi Kumpulan PUBI, En Sharul Baha Abd Rahman telah hadir untuk membuat ucapan alu-alu dan penghargaan kepada peserta-peserta yang telah menyertai program keusahawanan ini.
Seiap peserta yang hadir telah mempelajari teknik membuat kek bajet serta mendapat resepi special CHEESE LELEH disaping setiap kek yang sudah disiapkan oleh peserta juga telah dibawa balik untuk dinikmati bersama-sama dengan keluarga di rumah.
Untuk makluman semua juga, makan dan minum disediakan sepanjang program dan sijil penyertaan diberikan kepada setiap peserta yang berjaya tamat kelas hari ini.
Sijil penyertaan telah disampaikan oleh salah seorang ahli JK Pembangunan Wanita PUBI Perak iaitu Pn Samsiah Binti Ahmad @ Abdullah.
Semoga kelas keusahawanan dan kemahiran ini akan memberi manfaat kepada peserta yang hadir dan akan membuka ruang kepada mereka untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
PUBI Perak selaku NGO Perak dan Persatuan Usahawan yang aktifi di Bandaraya Ipoh ini akan meneruskan usaha-usaha demi membangunkan sektor keusahawanan di Negeri Perak ini secara amnya. Insyallah..
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.
Samsiah Abdullah @ Ahmad
Ahli Mesyuarat JK Pembangunan Wanita PUBI Perak
KOMEN TERKINI