KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 23hb November 2019 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah dijemput untuk menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Ahli Parlimen Gopeng Merangkap Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dr. Lee Boon Chye dan ADUN Simpang Pulai Merangkap EXCO Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak, YB Tan Kar Hing.

Majlis ini adalah anjuran Persatuan Penduduk Seri Palma C Taman Seri Botani, Ipoh Perak.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi, En. Sharul Baha Abd Rahman dan dua orang Ahli Lembaga Koperasi iaitu Cik Nor Zarina Zamzuri dan Pn Samsiah Abdullah @ Ahmad.

Pada majlis ini KOPUBI Perak Bhd telah diberi peluang untuk membuka booth bagi mendaftar anggota-anggota baharu koperasi dan mempromosi manfaat yang bakal diperolehi oleh bakal-bakal anggota.


YB Dr. Lee Boon Chye Ahli Parlimen Gopeng merangkap Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan YB Tan Kar Hing ADUN Simpang Pulai merangkap Exco Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan Negeri Perak turut hadir ke Majlis ini.

Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat baik dan beberapa ahli persatuan penduduk telah mendaftar keanggotaan di booth koperasi tersebut.

Ini adalah sebahagian usaha yang dijalankan oleh pihak Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd bagi mengembangkan sosio-ekonomi setempat dengan mengajak orang ramai menyertai gerakan koperasi yang semestinya memberi impak kepada ekonomi rakyat di Negeri Perak ini.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan. Insyallah..



Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah sebuah koperasi usahawan yang giat menjalankan aktiviti ekonomi di Bandaraya Ipoh serta menawarkan kepada masyarakat pelbagai manfaat ekonomi dan sosial termasuk pinjaman peribadi disamping memberi pulangan dividen saham yang tinggi kepada anggota.

Cik Nor Zarina Zamzuri
Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd