MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA PROJEK LADANG HARAPAN

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 24 Disember 2019, KOPUBI Perak Bhd telah dijemput untuk hadir ke Pejabat Peguam Khairul & Syuhada bagi menandatangani Perjanjian Usahasama Projek Ladang Harapan anjuran SADC Perak.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Baha Abd Rahman dan Timbalan Pengerusi Koperasi iaitu Tuan Kudus Alie Novel.

Umum sedia maklum bahawa sebanyak 8 buah koperasi di Negeri Perak telah terpilih untuk menyertai projek ladang harapan anjuran SADC Perak ini dan KOPUBI Perak Bhd adalah salah sebuah koperasi yang sangat bertuah kerana terpilih.

Baca Lanjut

KISAH JUTAWAN HARTANAH MK LAND

TAN SRI MUSTAPHA KAMAL ABU BAKAR ADALAH PENGERUSI EKSEKUTIF, MK LAND HOLDINGS BERHAD, IAITU SYARIKAT PEMBANGUNAN HARTANAH YANG DITUBUHKAN PADA 2 OGOS 1978 DAN DISENARAIKAN DI BURSA SAHAM KUALA LUMPUR (BSKL) PADA 8 JUN 1992.

Jom kita selami kisah kejayaan beliau dan bagaimana segalanya bermula. Nama MK Land sudah tidak asing di kalangan kita namun adakah kita mengenali individu di belakang Syarikat Hartanah yang sangat berpengaruh di Malaysia ini.

Mungkin ada satu dua perkara yang boleh kita pelajari dari kisah jutawan hartanah ini. Jom kita soroti kisah ini. Semoga kita mendapat inspirasi dan semangat untuk terus berjaya di dalam perniagaan yang kita ceburi.

Baca Lanjut

DAS ABDUL: DULU JURUTERA, SEKARANG JUTAWAN BANTAL

PERNAH SAYA IKUTI BEBERAPA SEMINAR PERNIAGAAN, RATA-RATA PENIAGA MEMBAWA PRODUK MEREKA SENDIRI. SALAH SEORANG DARIPADA PESERTA TERSEBUT MEMBAWA BANTAL.

Rupa-rupanya beliau adalah ejen bagi produk bantal tersebut. Katanya itu adalah bantal hotel ala tujuh bintang.

Saya terfikir sejenak, bolehkah maju dengan bisnes bantal ni?

Beberapa tahun berlalu, saya dapati produk wanita mempunyai saingan yang tinggi. Kemudian saya terfikir, kalaulah beberapa tahun yang lalu, kita jual bantal.

Permintaannya mungkin tinggi sehingga sekarang. Tambah-tambah lagi kalau bantal tersebut berkualiti dan lain daripada produk bantal yang lain.

Baca Lanjut

BERMULA SEBAGAI SEORANG SURI RUMAH, KINI PEMILIK EMPAYAR TELEKUNG TERKEMUKA SITI KHADIJAH

DENGAN TAGLINE ‘LAMBANG CINTA ABADI’, JENAMA INI SUDAH BERJAYA MENEMBUSI PASARAN INDONESIA YANG MEMANG TERKENAL DENGAN PENGHASILAN TELEKUNG-TELEKUNG YANG CANTIK DAN JUGA BERKUALITI.

Jenama telekung siti khadijah (sk) sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dan tentunya tidak mudah untuk mencipta kejayaan seperti sekarang. Pelbagai cabaran serta dugaan yang telah terpaksa dihadapi sepanjang menjalankan perniagaan ini.

Bagi pemilik dan pengasas Butik Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd, Puan Hajah Pazdilah Enda Sulaiman, beliau tidak pernah bermimpi untuk menjadi seorang usahawan apatah lagi untuk menghasilkan telekung eksklusif. Tetapi semuanya berubah apabila beliau merasakan sukar untuk mendapatkan telekung yang selesa dan memenuhi citarasanya.

Baca Lanjut