KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 20hb September 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pengusaha Spa Negeri Perak di Pejabat Pengerusi Persatuan yang terletak di No.30, Jalan PPMP 3/1, Pusat Perniagaan Manjung Point 3, 32040 Seri Manjung, Perak.
Mewakili pihak KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi En Sharul Rahman, En Haizul Fakarudin selaku Setiausaha KOPUBI Perak Bhd dan juga Pn Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha KOPUBI Perak Bhd.
Mewakili Persatuan Pengusaha Spa Negeri Perak adalah Dr Nadya Amin Bt Shaharudin serta Ahli Jawatankuasa beliau. Turut hadir ke Perjumpaan ini adalah wakil daripada Team JariJemari Ventures selaku Rakan Strategik KOPUBI Perak Bhd.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Perjumpaan Bersama Perak Indian Chamber of Commerce
Objektif utama pertemuan ini adalah untuk memperkenalkan entiti masing-masing serta melihat peluang untuk mengadakan kerjasama strategik pada masa hadapan.
Melalui pertemuan ini juga En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi telah bertukar-tukar pendapat serta mendapatkan input-input penting berkaitan aktiviti Perniagaan Spa yang sedang rancak di negara kita ini terutamanya di Negeri Perak.
En.Sharul juga mengambil peluang membentangkan Profil KOPUBI Perak Bhd serta memaklumkan berkaitan aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh KOPUBI Perak Bhd dan pada waktu yang sama mempekenalkan produk-produk yang dipasarkan oleh koperasi.
Selain itu, En. Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd turut berkongsi berkaitan produk yang dipasarkan oleh pihak KOPUBI Perak Bhd iaitu Mesin Urut PMD (Portable Magic Device) dan Air Teh Gaharu (Holistic) keluara Gaharu Tea Valley Gopeng.
Maka dengan ini KOPUBI Perak Bhd juga membuka peluang kepada masyarakat secara umumnya dan khas buat Ahli-ahli Persatuan yang mana boleh turut sama di dalam menjalankan perniagaan yang baharu sahaja dicerburi ini.
Semoga dengan adanya peluang serta usahasama tambahan ini maka dijangka perolehan kepada pendapatan tahunan KOPUBI Perak Bhd akan berjaya dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.
Seterusnya menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi yang mampan serta mencapai objektif yang telah digariskan sejak penubuhannya.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI