PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 11hb September 2024 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput untuk hadir ke Program Program Inisiatif Baharu Perkeso Mendepani Masyarakat Madani anjuran Pejabat PERKESO Negeri Perak yang telah berlangsung dengan jayanya bertempat di hotel Casuarina Meru.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Taklimat Pelaksanaan Dan Pelaporan BKP
Program yang dijalankan dengan jayanya itu telah dihadiri oleh dua orang Ahli Jawatankuasa PUBI Perak iaitu Saudara Mohamad Nafis bin Zamah Sari selaku Bendahari PUBI Perak dan juga Saudara Aiman Bin Mohd Ghazali selaku Ahli Jawatankuasa PUBI Perak.
Program ini dimulakan dengan penyampaian faedah PERKESO kepada 9 penerima faedah yang layak seperti faedah hilang Upaya kekal, faedah alatan pemulihan, faedah elaun mencari pekerjaan dan faedah pencen penakat.
Program kemudiannya diteruskan dengan taklimat keempat-empat akta di bawah seliaan PERKESO bagi memberi pendedahan mengenai peranan dan tanggungjawab PERKESO serta faedah dan skim yang disediakan.
Pihak PERKESO Negeri Perak telah mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini termasuk PUBI Perak yang sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh pihak PERKESO secara khususnya.
Pihak PERKESO Negeri Perak berharap agar acara tahunan ini terus mendapat sambutan bagi memberi perlindungan keselamatan sosial yang komprehensif demi kesejahteraan sosial semua sepanjang hayat.
Seramai hampir 100 orang peserta melibatkan penyertaan daripada pelbagai jabatan / agensi kerajaan, NGO dan juga orang awam yang hadir ke program ini telah mendapat input berguna serta bermanfaat.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI