PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 12hb – 18hb Jun 2022 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bahagian Kesejahteraan Komuniti telah menganjurkan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) bagi tahun 2022.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Sesi Perkongsian Usahawan

Program tersebut telah dijadualkan dan dirancang untuk berlangsung selama 7 hari bertempat di Tower Regency Hotel & Apartments, Ipoh Perak dan telah disertai oleh peserta dari negeri Perak dan Pulau Pinang.

Ahlamdulillah, program tersebut telahpun tamat dengan jaya dengan bantuan seluruh tenaga kerja serta hasil kerja keras Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang telah diketuai oleh Pengerusi Persatuan iaitu En. Sharul Rahman.

Sejak dari hari pertama pelaksanaan program ini sehinggalah pada hari penutup, setiap Ahli Jawatankuasa Kerja telah memainkan peranan masing-masing untuk memastikan program ini berjalan mengikut jadual serta mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian.

Setinggi tahniah diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa yang telah terlibat sepanjang tempoh program ini dan sudah pastinya tanpa anda semua program ini tidak akan berjaya dilaksanakan seperti mana sepatutnya.

Untuk makluman semua, Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) bagi tahun Tahun 2022 adalah sebuah program yang dianjurkan untuk meningkatkan kemahiran kumpulan sasar supaya mampu mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar dari kemiskinan.

Antara Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) yang terlibat di belakang tabir Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) bagi tahun 2022 di Tower Regency Hotel and Residence, Ipoh Perak.

Melalui kursus ini, para peserta yang terpilih telah mempelajari banyak ilmu keusahawan dan kemahiran serta perkara penting untuk meningkatkan jati diri serta mengubah cara berfikir untuk maju di dalam dunia keusahawanan.

Pihak PUBI Perak sangat bersyukur kerana kursus ini telah berjalan dengan baik dengan peserta telahpun menerima Sijil Penyertaan masing-masing dan akan memasuki fasa program seterusnya iaitu sesi pemantauan selama 6 bulan bermula bulan julai 2022 ini nanti.

Di sini juga, pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) buat kali ke-2 bagi melaksanakan program ini di bawah pihak kementerian dan ini adalah satu penghormatan serta pengiktirafan terbesar yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.

Adalah menjadi harapan semua pihak agar program ini dapat memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih serta mampu menjadikan mereka seorang usahawan yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak

Leave a Reply