PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini, Pada 29hb Julai 2022 yang lalu, PUBI Perak telah mengadakan kunjung hormat ke Rumah Kebajikan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam yang bertempat di Kampung Melayu Sungai Rapat Ipoh Perak.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Tayangan Perdana Menonton Filem Mat Kilau Bersama Raja Muda

Mewakili PUBI Perak adalah Pn Norhuda selaku Ketua Biro Kebajikan Kumpulan PUBI dan diiringi oleh En Mohammad Nafis sekali Penolong Ketua Biro Kebajikan merangkap juga Bendahari PUBI Perak.

Alhamdulillah, kunjungan hormat ini telah disambut baik oleh salah seorang Ahli Jawatankuasa Pertubuhan ini iaitu En. Safwan dan seterusnya memperkenalkan latar belakang Rumah Kebajikan ini.

Untuk makluman, lebih 30 orang anak yatim telah menghuni rumah kebajikan ini dan mereka terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur di antara 5 hingga 17 tahun.

PUBI Perak dalam rangka kerjanya di bawah Program Kabajikan Kasih sedang merancang untuk mengadakan satu lagi program berbentuk riadah di mana anak-anak istimewa ini di bawa ke Lost World Of Tambun untuk bersantai dan bersuka ria.

PUBI Perak melalui tabung kasih yang dilancarkan akan menaja kesemua anak yatim dan miskin ini termasuk pihak pengurus dan program ini dijangka akan dibuat pada bulan Oktober 2022 ini nanti.

Hasil perbincangan dengan En. Safwan, secara dasarnya pihak pengurusan rumah kebajikan ini tiada halangan serta menyambut baik hasrat PUBI Perak ini dan berharap kerjasama yang erat dapat dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada anak-anak yatim yang menetap di Rumah Kebajikan ini.

Dalam pada itu, PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan sentiasa menyokong usaha-usaha yang telah dilaksanakan bagi menyantuni golonga yang kurang bernasib baik di samping meneruskan usaha-usaha murni bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Insyallah, semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan #PUBIPrihatin #ProgramAmal#ProgramKebajikan