PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Pada 15hb dan 16hb Jun 2022 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah mengadalah satu program yang berimpak tinggi iaitu Sesi Perkongsian Usahawan kepada peserta-peserta di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2022 dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bahagian Kesejahteraan Komuniti.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Majlis Penutup Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar 2022

Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Tower Regency Hotel & Apartments, Ipoh Perak dan berjalan dengan lancar seperti mana dirancang.

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) sangat berbesar hati menjemput dua orang usahawan yang berjaya di Negeri Perak ini iaitu Pn Hamidah Sulaiman dan juga Pn. Nor Azwa Binti Ni.

Mereka adalah usahawan yang telah berjaya memasarkan produk jenama masing-masing iaitu produk Idda’s Frozen dan Produk Jamilah Mansor (JM).

Alhamdulillah, sesi perkongsian mereka kepada peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2022 berjalan dengan jayanya serta telah memberi impak yang sangat besar serta memberangsangkan kepada peserta-peserta tersebut.

Pelbagai teknik-teknik menjadi usahawan yang berjaya telah dikongsikan serta pelbagai nasihat-nasihat telah dicurahkan kepad apara peserta dan diharapkan akan menjadi bekalan kepada mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya kelak.

Untuk makluman semua, matlamat utama Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) bagi tahun Tahun 2022 ini adalah untuk meningkatkan kemahiran kumpulan sasar supaya mampu mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar dari kemiskinan.

Peserta yang terpilih bagi program ini adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang berdaftar dengan e-Kasih iaitu dikategorikan sebagai miskin bandar dan juga B40.

Pemilihan peserta adalah sangat ketat dan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi memastikan bahawa setiap peserta yang menerima bantuan ini adalah dari golongan yang benar-benar memerlukan serta berkelayakan.

Salah seorang usahawan yang berjaya di Negeri Perak iaitu Pn Hamidah Sulaiman dan juga Pn. Nor Azwa Binti Ni berkongsikan pelbagai nasihat kepada para peserta.

Seterusnya mereka yang terpilih itu telah diberi latihan yang intensif dan sesi praktikal mengikut bidang kursus yang telah disediakan serta dijangka dapat meningkatkan ekonomi mereka dari segi peningkatan pendapatan.

Untuk tahun 2022 ini, terdapat 2 bidang kursus yang telah ditawarkan oleh Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) iaitu kursus pertama adalah Kursus Perkhidmatan Pembaikan Telefon Bimbit dan kursus yang kedua pula adalah Kursus Pembuatan Kuih Muih Sejuk Beku.

Melalui kursus ini, para peserta yang terpilih telah mempelajari banyak ilmu keusahawan dan kemahiran serta perkara penting untuk meningkatkan jati diri serta mengubah cara berfikir untuk maju di dalam dunia keusahawanan.

Alhamdulillah, kursus ini telah berlangsung dengan jayanya di mana mereka telah menjalani kursus secara teori yang meliputi topik-topik seperti pembangunan modal insan, asas keusahawanan, asas pemasaran dan pengurusan kewangan disamping itu turut melibatkan agensi-agensi seperti AKPK dan juga SSM.

Di sini juga, pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) buat kali ke-2 bagi melaksanakan program ini di bawah pihak kementerian dan ini adalah satu penghormatan serta pengiktirafan terbesar yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.

Adalah menjadi harapan semua pihak agar program ini dapat memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih serta mampu menjadikan mereka seorang usahawan yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak