” ABANG…… AYANG RINDUKAN ABANG…. RINDU SANGAT ABANG…. RINDU YANG TIADA PENGHUJUNGNYA.. RINDU YANG TIADA NOKTAHNYA……..”

Begitulah luahan hati seorang isteri di dalam sebuah ‘posting’ facebook yang dikemaskini pada hari ini dan telah mendapat lebih 3,000 reaksi daripada warga netizen serta telah dikongsi oleh lebih 1,400 pengguna facebook.

Kejadian yang telah menimpa ke atas dirinya itu telah berlaku genap sebulan pada hari ini dan beliau meluahkan kesedihan dan kerinduan beliau terhadap suaminya yang telah pergi buat selama-lamanya.

Melalui ‘posting’nya itu, beliau turut memaklumkan bahawa suaminya telah terlibat di dalam kemalangan pada 12hb Disember 2019 yang lalu dan telah terkorban serta meninggalkan seorang anak mereka yang masih kecil.

Baca lanjut kisah surirumah menjahit kini mempunya kilang sendiri –>

Rata-rata pengguna facebook yang terdiri dari kalangan sahabat dan sanak saudara beliau menyatakan sokongan kepada beliau agar kuat semangat serta banyakkan bersabar.

Warga netizen yang turut serta di dalam komen-komen juga memberi kata-kata peransang dan motivasi agar wanita ini terus kuat untuk menjalani hidup seperti insan yang lain.

Semoga wanita terpilih bernama ‘Amy Mastura‘ ini tabah dan kuat menghadapi ujian dari Allah yang sangat hebat ini. Kami seluruh keluarga PUBI Perak sangat berdukacita dan merasai kesedihan yang dialami.

Hanya doa menjadi pengiring dan kami yakin Allahyarham telah bersemadi dengan aman serta ditempahkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Semoga dicucuri rahmat “Al-Fatihah”

Doa ibu adalah doa yang mustajab, jom baca kisah barber yang tidak habis sekolah –>


Gambar-gambar kenangan yang dikongsikan di facebook Amy Mastura