KEJOHANAN BOLING ANGKASA NEGERI PERAK 2025

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

KEJOHANAN BOLING ANGKASA NEGERI PERAK 2025 🌟

📍 17 Mei 2025 | Ipoh Bowl, Kinta City, Perak

Satu lagi inisiatif bermakna telah dilaksanakan oleh ANGKASA Negeri Perak apabila berjaya menganjurkan Kejohanan Boling ANGKASA Negeri Perak 2025 buat julung kalinya dan sambutannya memang luar biasa meriah!

KOPUBI Perak Bhd tidak ketinggalan untuk turut serta dalam menyemarakkan kejohanan ini dengan menghantar pasukan wakil yang terdiri daripada Pn. Zuraida Zulkepli (Penolong Setiausaha KOPUBI), Pn. Jamaliah dan Pn. Nor Azlina (Juruaudit Dalaman KOPUBI).

Baca Lanjut

MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPUBI BIL 01-2025

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 10hb Mei 2025 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.

Bil-02/2025 bagi sesi tahun 2024/2025 bertempat di Pejabat Urusan Kumpulan KOPUBI, Station 18, Ipoh Perak.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi telah diadakan secara berkala bagi membincangkan aktiviti ekonomi koperasi yang telah dijalankan pada suku pertama tahun 2025 yang lalu dan membincangkan perancangan perniagaan pada suku kedua tahun 2025 ini.

Baca Lanjut

HARI BERTEMU PELANGGAN & MAJLIS RAMAH MESRA PPWN PERAK TAHUN 2025

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA. 

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 6hb Mei 2025 yang lalu, telah berlangsungnya Hari Bertemu Pelanggan & Majlis Ramah Mesra Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak (PPWN) bertempat di Ruang Legar PPWN Perak, UTC 30, Ipoh.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD 

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 30hb April 2025 yang lalu, satu perjumpaan penting Team Pemasaran MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) di bawah seliaan KOPUBI Perak Bhd., bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd di Station 18, Ipoh, Perak.

Perjumpaan ini telah dianjurkan khas oleh KOPUBI Perak Bhd sebagai usaha menjalin kerjasama yang lebih strategik dalam memperkasa lagi tawaran perkhidmatan kepada masyarakat.

Fokus utama pertemuan ini adalah untuk memperhalusi pelaksanaan perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan Pengurusan Harta Pusaka yang kini ditawarkan oleh KOPUBI kepada bukan sahaja anggota koperasi tetapi juga masyarakat umum di seluruh Negeri Perak.

Baca Lanjut