
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 30hb April 2025 yang lalu, satu perjumpaan penting Team Pemasaran MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) di bawah seliaan KOPUBI Perak Bhd., bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd di Station 18, Ipoh, Perak.
Perjumpaan ini telah dianjurkan khas oleh KOPUBI Perak Bhd sebagai usaha menjalin kerjasama yang lebih strategik dalam memperkasa lagi tawaran perkhidmatan kepada masyarakat.
Fokus utama pertemuan ini adalah untuk memperhalusi pelaksanaan perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan Pengurusan Harta Pusaka yang kini ditawarkan oleh KOPUBI kepada bukan sahaja anggota koperasi tetapi juga masyarakat umum di seluruh Negeri Perak.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkasa Perak 2025
Perkhidmatan ini bukan sahaja penting dalam konteks perancangan harta dan warisan, malah menjadi keperluan utama dalam membentuk kesejahteraan masa depan yang lebih terjamin untuk semua lapisan masyarakat.
Perjumpaan ini turut melibatkan barisan penting dari KOPUBI Perak Bhd iaitu Pengurus Kumpulan dan Pengurus Pemasaran yang memainkan peranan kritikal dalam memastikan strategi dan pelaksanaan program berjalan lancar.
Pengurus Kumpulan bertanggungjawab mengkoordinasi semua aktiviti operasi agar setiap inisiatif koperasi mencapai objektif yang ditetapkan dengan efisien dan berkesan.
Manakala Pengurus Pemasaran pula fokus dalam merangka strategi pemasaran yang kreatif dan tepat sasaran untuk memperluaskan capaian perkhidmatan koperasi ke seluruh lapisan masyarakat serta memastikan mesej koperasi sampai ke anggota dan komuniti umum dengan lebih meluas.
Kerjasama ini merupakan langkah bijak dalam memperkukuh peranan KOPUBI sebagai Rakan Niaga Premium bersama anak syarikat ANGKASA iaitu MyANGKASA Amanah Berhad.
Inisiatif seperti ini membawa manfaat besar kepada KOPUBI Perak dalam mengukuhkan kedudukan koperasi sebagai entiti yang relevan dan inovatif dalam persekitaran ekonomi yang kompetitif hari ini.
Ia juga menyumbang kepada perkembangan gerakan koperasi di Negeri Perak dengan memperluaskan skop perkhidmatan kepada masyarakat lebih luas, sekaligus menggalakkan lebih ramai rakyat untuk menyertai koperasi sebagai platform keusahawanan dan pembangunan ekonomi setempat.
Menambahkan lagi semangat dan keyakinan dalam sesi tersebut, En. Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd turut hadir menyampaikan kata-kata dorongan serta semangat yang cukup membina kepada semua wakil Team MAAB-KOPUBI.
Beliau turut mengumumkan beberapa insentif yang ditawarkan khusus kepada wakil-wakil yang terlibat, sebagai penghargaan dan motivasi dalam memastikan misi dan visi koperasi terus direalisasikan dengan jayanya.
Melalui inisiatif seperti ini, KOPUBI Perak Bhd membuktikan komitmennya dalam menyediakan platform yang bukan sekadar membantu ahli dalam urusan ekonomi dan perniagaan, tetapi juga dalam urusan pengurusan harta dan pewarisan yang penuh hikmah serta berpandukan prinsip syariah.

Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial koperasi dalam memastikan anggota dan masyarakat memiliki akses kepada perkhidmatan yang berkualiti, beretika dan berpandangan jauh.
KOPUBI akan terus melangkah dengan penuh kesungguhan dan profesionalisme dalam memastikan setiap perkhidmatan yang ditawarkan memberi manfaat jangka panjang, bukan hanya kepada generasi sekarang tetapi juga kepada generasi yang akan datang.
KOPUBI Perak Bhd sangat komited untuk memberi perkhidmatan serta memasarkan semua produk-produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyAngkasa Amanah Bhd pada kadar yang diselaraskan kepada semua pelanggan.
KOPUBI Perak Bhd dengan ini secara tidak langsung akan menjadi sebuah hub penyedia perkhidmatan ini dan bakal menjadi sebuah koperasi yang kompiten serta berdaya maju.
Semoga dengan adanya perkhidmatan tambahan ini maka dijangka perolehan kepada pendapatan tahunan KOPUBI Perak Bhd akan berjaya dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.
Seterusnya menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi yang mampan serta mencapai objektif yang telah digariskan sejak penubuhannya.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Bersama kita jayakan agenda pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat di Negeri Perak, kerana kejayaan koperasi adalah kejayaan kita bersama.
Insyallah.
#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia



KOMEN TERKINI