
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
KEJOHANAN BOLING ANGKASA NEGERI PERAK 2025 ๐
๐ 17 Mei 2025 | Ipoh Bowl, Kinta City, Perak
Satu lagi inisiatif bermakna telah dilaksanakan oleh ANGKASA Negeri Perak apabila berjaya menganjurkan Kejohanan Boling ANGKASA Negeri Perak 2025 buat julung kalinya dan sambutannya memang luar biasa meriah!
KOPUBI Perak Bhd tidak ketinggalan untuk turut serta dalam menyemarakkan kejohanan ini dengan menghantar pasukan wakil yang terdiri daripada Pn. Zuraida Zulkepli (Penolong Setiausaha KOPUBI), Pn. Jamaliah dan Pn. Nor Azlina (Juruaudit Dalaman KOPUBI).
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Mesyuarat Ahli Lembaga Kopubi Bil 01-2025
Turut hadir memberi sokongan penuh ialah En. Sharul Rahman, Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap Setiausaha ANGKASA Negeri Perak.
Sebanyak 30 pasukan lelaki dan 30 pasukan wanita bersaing dalam dua kategori yang dipertandingkan. Kejohanan kali ini turut menerima kehadiran pasukan jemputan khas dari Bahagian Sekretariat dan Pengurusan Aset ANGKASA,
menjadikan suasana pertandingan lebih kompetitif dan penuh semangat berpasukan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ydh. Tuan Haji Mohamed Shafie Abd. Karim, Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, bersama barisan kepimpinan ANGKASA Negeri seperti Pn. Fadzilah Arshad (Timbalan Pengerusi) dan En. Sharul Baha Abd. Rahman (Setiausaha).

Turut menyerikan kejohanan ini ialah kehadiran YBhg. Prof. Madya Datoโ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA yang hadir sebagai tanda sokongan terhadap program yang memupuk perpaduan dalam kalangan warga koperasi.
Lebih menarik, kejohanan ini turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah kepada para tetamu dan penyokong yang hadir bagi memberi semangat kepada pasukan masing-masing.
Sebagai anggota ANGKASA yang komited terhadap perkembangan gerakan koperasi, KOPUBI Perak Bhd menyokong penuh usaha murni ini yang bukan sahaja mencungkil bakat sukan dalam kalangan warga koperasi, malah memperkukuh semangat kerjasama, ukhuwah dan perpaduan antara koperasi-koperasi di Negeri Perak.
Semoga kejohanan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang sebagai medium kesatuan, kekuatan dan sokongan berterusan dalam memacu kejayaan gerakan koperasi negeri ini ke tahap yang lebih tinggi!
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #ANGKASANegeriPerak #ANGKASACoop #GerakanKoperasi #Malaysia



KOMEN TERKINI